SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

SEJARAH, KEISTIMEWAAN & KEUTAMAAN PUASA PADA 10 MUHARRAM

11hb Oktober 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kesempatan lagi untuk berjumpa dengan hari 'Asyura iaitu 10 Muharram bersamaan dengan 11 hb Oktober (Selasa). Sedikit sejarah& peristiwa hari ini adalah sebagaimana berikut;

Dari Ibnu Abbas ra. berkata Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) maka Allah SWT akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan berumrah, dan 10.000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah SWT akan menaikkan dengan setiap rambut satu derajat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari ‘Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah saw. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah saw.: "Ya Rasulullah saw, adakah Allah telah melebihkan hari ‘Asyura daripada hari-hari lain?" Maka berkata Rasulullah saw: " Ya, memang benar, Allah Ta’ala menjadikan langit dan bumi pada hari ‘Asyura, menjadikan laut pada hari ‘Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari ‘Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari ‘Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari ‘Asyura, dan Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari ‘Asyura, Allah SWT menenggelamkan Fir'aun pada hari ‘Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari ‘Asyura, Allah SWT menerima taubat Nabi Adam pada hari ‘Asyura, Allah SWT mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari ‘Asyura, Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari ‘Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura!".

Hadis lainnya:

Artinya: “Ia adalah hari mendaratnya kapal Nuh di atas gunung “Judi” lalu Nuh berpuasa pada hari itu sebagai wujud rasa syukur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Dari pelbagai sumber rujukan, ringkasan peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam ialah;

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah dan dipertemukan dengan Siti Hawa..
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulandan diriwayatkan dlm kapal tersebut hanya 40 keluarga saja yang ikut dan kita adalah keturunan dari 40 buah keluarga tersebut.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
7. Penglihatan Nabi Ya’kub yang kabur dipulihkan Allah. 
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah 
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
13. Nabi Isa diangkat ke langit dan digantikan dengan Yahuza.
14. Nabi Muhammad saw dibebaskan dari racun orang-orang Yahudi.
15. Hari pertama Allah menciptakan alam. 
16. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
17. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
18. Allah menjadikan 'Arsy. 
19. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
20. Allah menjadikan alam. 
21. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 

Di dalam Kitab Hadis Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi -rahimahullah- membawakan beberapa hadits berkenaan dengan puasa sunnah pada bulan Muharram, yaitu puasa hari ‘ASYURA (10 Muharram) dan TASU’A (9 Muharram), yaitu:

1. Dari Ibnu Abbas, “Bahwa Rasulullah saw. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.” (Muttafaqun ‘Alaihi).
* 'muttafaq 'alaihi' dari segi bahasa bererti disepakati atasnya. Istilah ini biasanya digunakan untuk hadits yang diriwayatkan dan disepakati kesahihannya oleh 2 imam hadis besar: Imam Al-Bukhâri dan Imam Muslim, yang menjadikan hadis ini adalah paling sahih.

2. Dari Abu Qatadah, bahwa Rasulullah saw. ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) menghapuskan dosa (dosa-dosa kecil) satu tahun yang lalu.” (HR. Muslim)

3. Dari Ibnu Abbas beliau berkata: “Rasulullah saw. bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan.” (HR. Muslim)

"Dan puasa pada hari Arafah –aku mengharap dari Allah- menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari ‘ASYURA (tanggal 10 Muharram) –aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu.” [hadis riwayat Imam Muslim, Abu Dawud , Ahmad , Baihaqi, dan lain-lain]
----------------------------------------------------------------

Namun orang2 yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram, maka anjuran bagi kita umat Islam agar tidak menyamai puasa mereka ialah untuk melebihkan sehari (iaitu berpuasa dua hari berturut2) samaada sebelum atau selepas 10 muharram, iaitu puasa pada 9&10 Muharram atau 10&11Muharram. Untuk lebih jelasnya, dari berbagai riwayat dan pendapat, ada 4 Cara untuk Puasa ‘Asyura:
1. Berpuasa tiga hari pada 9, 10, dan 11 Muharram.
2. Berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram.
3. Berpuasa pada hari 10 dan 11 Muharram seandainya pada tanggal 9 Muharram nya tidak berpuasa.
4. Berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram) saja, sebagian saja ulama memakruhkannya karena Nabi saw. memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi, namun sebagian ulama yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makruh). 

PENJELASANNYA:

(1) BERPUASA 9,10, dan 11 Muharram
“Puasalah kalian hari ‘Asyura dan SELISIHILAH orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”(HR. Ahmad dan Al Baihaqi.
Didhaifkan oleh As Syaikh Al-Albany di Dha’iful Jami’. Ibnul Qayyim berkata (dalam Zaadud Ma'al): "Ini adalah darjat yang paling sempurna." Syaikh Abdul Haq ad-Dahlawi mengatakan:"Inilah yang utama."

Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari juga mengisyaratkan keutamaan cara ini. Dan termasuk yang memilih pendapat puasa tiga hari tersebut (9, 10 dan 11 Muharram) adalah Asy-Syaukani dalam Nailul Authar dan Syaikh Muhamad Yusuf Al-Banury dalam Ma’arifus Sunan.

PROGRAM ECO ILMIAH KAUNSELOR-KAUNSELOR SENEGARA

05hb Oktober 2016 (Rabu)



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, hari ini telah diadakan program eco ilmiah bagi kaunselor-kaunselor senegara anjuran para kaunselor kluster 4. Pelbagai informasi dan aktiviti yang menarik serta informatif diperolehi sepanjang program yang diadakan di Ecoponies garden, Bang Nukat, Lamunin Tutong ini. Seramai 43 orang kaunselor telah menyertai program Ilmiah ini. di bawah merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang program tersebut.

Bergambar di jalan luar sebelum masuk
Aturcara program
Bergambar ramai
Penerangan tentang jenis herba dan khasiatnya

sebahagian dari kaunselor dan pegawai UKK

salah satu minuman kesihatan (campuran lengkuas,halia,limau dsbnya)   
 

Pegawai UKK Cg Hjh Pasah dan Kaunselor SOASC CG Heimelia


Pertandingan memasak, kolaborasi kaunselor kluster 1&2seramai 6 orang
 Syarat pertandingan; Menggunakan bahan-bahan yang sudah disediakan dalam masa 45 minit sahaja, 30 Minit untuk memasak dan 10 minit untuk presentation. Kumpulan kami (kolaborasi kluster 1&2) seramai 6 orang kaunselor yang terdiri daripada saya sendiri dan juga;
Kluster 1;
  1. Cg Hj Roslan (SOASC)
  2. Cg Heimelia (SOASC)
  3. Saya sendiri dari SM Katok

Kluster 2;
  1. Cg Asmali (SM Masin)
  2. Cg Hamdillah (SM Awg Semaun)
  3. Cg Hjh Aslinda (SM Sayyidina Hasan)

Saya sendiri ditemani Cg Hjh Aslinda Kaunselor SM Sayyidina Hasan dan Cg Hj Roslan Kaunselor SOASC

Dari kanan Cg Hamdillah Kaunselor SM Awg Semaun


Masakan pertama kami, sayur 'Sawi Iban' yang pahit

Ikan rumahan masak kunyit

temuduga oleh Hj Azri RTB







Alhamdulillah, pengalaman yang sangat seronok pada hari ini dan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kaunselor kluster 4 kerana melibatkan kami dalam Program yang sangat bermanfaat ini.