SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

LAWATAN KE MICRONET GADONG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


20hb Mei 2017(Sabtu)

Alhamdulillah, lawatan ke MICRONET gadong telah dilaksanakan pada hari ini,swramai 4 orang guru pengawas terdiri dari saya sendiri (Cg Azie), Cg Wawa, Cg Diana dan Cg Yanti mengawas seramai 18 orang pelajar bagi lawatan ini. Bas bertolak kira-kira 8.10 pagi menuju ke Micronet dan dalam Bas beberapa soalan dan taklimat disampaikan oleh wakil Micronet Cg Hanisah. Setelah tiba, taklimat di sampaikan dan kemudiannya pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk melawat dan sesi praktikal teknologi moden seperi Raspberry pi, apple TV, membuat QR Code dan sebagainya. Semoga para pelajar beroleh manfaat dari lawatan ini. Berikut adalah gambar sepanjang sesi lawatan. Credit to Micronet Brunei for some of the pictures.






LAWATAN DARI CHINA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


11hb Mei 2017(Khamis)

SM Katok menerima lawatan rombongan dari China iaitu Mr. Koonie Wang selaku managing director of China Communication Service dan Mr Wu Xiaoping, Smart Education Expert yang diiringi oleh Dato Dr Omar Khalid. Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai profail sekolah, dan seterusnya melawat kelas-kelas.

Cg Julyanah beserta pelajar-pelajar 10Btec (hospitality)














KURSUS LANJUTAN PRS KLUSTER 1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



08hb dan 10hb Mei2017 (Isnin & Rabu)

Alhamdulillah, selesaisudah kursus lanjutan PRS yang diadakan dua hari bertempat di LT STPRI. berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang kursus.




















BIMBINGAN KELOMPOK 'O' LEVEL SM PIHM SERASA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



03hb Mei2017 (Rabu)

Alhamdulillah, selesai lagi bimbingan kelompok yang diadakan di SM Pg Isteri Hajah Mariam Serasa pagi ini. terima kasih diucapkan kepada pihak SMPIHM kerana sudi menjemput. Semoga semua pelajar memperoleh manfaat dari bimbingan kelompok ini seklaigus dapat menaikkan pencapaian akadmeik mereka khasnya O level.. Aamiin.
Berikut adalah gambar-gambar bkol;






CERAMAH AKADEMIK DARI MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY MALAYSIA (MSU)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


02hb Mei 2017 (Selasa)

Ceramah di mulakan dengan bacaan doa dan kemudiannya penyampaian sihil serta cenderamata kepada penceramah, Nhizmah Bt Darman dari MSU. Ceramah akadmeik bermula jam 10.30 dan berakhir pada 12.30 tengahari. sermaai lebih kurang 220 orang pelajar tahun 10 dan sebahagian dari tahun 11 menghadiri ceramah tersebut yang bertempat di dewan serbaguna SM Katok.