SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PROGRAM RAKAN REMAJA PENERANGAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


13hb Jun 2017(Selasa)

Alhamdulillah, satu lagi program berjaya di ungkayahkan hasil kerjasama Jabatan Penerangan dan SM Katok. Program ini diadakan pada hari ini bermula dari 8.45 pagi sehingga 11.30 pagi. Tetamu Kehormat majlis adalah YM Awg Hj Abd Rahman Bin Hj Nawi, Pengarah Perkembangan Kurikulum, Jabatan Perkembangan Kurikulum. Aturcara dimulakan dengan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' beramai-ramai dan kemudian diikuti dengan bacaan doa , dan ucapan alu-aluan dari Pengetua SM Katok YM Cg Penroose Saleha Bt Hj Md Salleh.



Juruacara Program RRP


Majlis kemudian diteruskan dengan taklimat menghayati bendera dan lagu kebangsaan yang disampaikan oleh YM Dyg Hjh NorHijrah Bt Hj Idris selaku Penolong Pegawai Penerangan. Setelah itu tayangan video dipertontonkan dan diikuti oleh persembahan Qasidah dari para pelajar SM Katok.


Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan nyanyian dari YM Awg Amiruddin dengan lagunya berjudul 'Bulan Kerinduan'.

 Majlis kemudian diserikan lagi dengan persembahan nyanyian berkumpulan yang dipersembahkan oleh pelajar SM Katok bertajuk 'Lagu Ramadhan'.


Acara kemuncak majlis adalah persembahan lawak jenaka dan kuiz kenegaraan yang disampaikan oleh YM Dyg Hjh Kasumawati atau nama pentasnya Dang Kasom dan juga YM Awg Hj Firdaus.










Membuat ucapan untuk Program Aku Ingin Maju (A.I.M)

Memberikan ucapan untuk apra pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPE dan O level pada tahun ini



Sebahagian dari Pelajar PRS









Di harap program pada hari ini akan dapat memberikan manfaat kepada para pelajar.