SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

FORUM SINAR KUMP A 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

30hb Jun 2018 (Sabtu)

Alhamdulillah, forum sinar bagi kumpulan A yang melibatkan dua agensi iaitu dari Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Pusat Dakwah Islamiah. Pelajar sasaran pada kali ini ialah dari tahun 7 dan lebih kurang 107 orang pelajar yang hadir mendengarkan taklimat. 

Forum Sinar adalah Program pencegahan awal sebelum menularnya perkara-perkara negatif dikalangan para pelajar sekolah menengah. 

Objektif bagi program ini ialah untuk; 

  1. Membantu membentuk personaliti pelajar agar mendapat ciri-ciri keperibadian yang positif sejajar dengan nilai Melayu Islam Beraja.
  2. Melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani. 
  3. Membantu pelajar agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang negatif. 

Forum sinar bagi kumpulan B telahpun dilaksanakan pada Februari yang lepas. 

Kali ini, hanya 2 agensi yang dapat hadir iaitu dari JAPEM dan Pusat Dakwah Islamiah. Penceramah dari JAPEM ialah Yang Mulia Awg Mohamad Asyraf Bin Rahim dan dari Pusat Dakwah Islamiah ialah Yang Mulia Dyg Siti Noraini Binti Hj Mohd Hashim. Pegawai dari UKK, Yang Mulia Awg Hj Halip Bin Bujang juga hadir pada hari ini. 

Acara dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Azizul Azri. Taklimat dimulakan oleh Yang Mulia Awg Mohd Asyraf dan kemudian sijil penghargaan dan cenderamata disampaikan oleh Yang Mulia Awg Hj Halip. Seterusnya taklimat dari Pusat Dakwah Islamiah iaitu yang mulia Dyg Siti Noraini dan juga diberikan sijil penghargaan dan cenderamata. 

Majlis diakhiri dengan acara bergambar ramai.  Berikut adalah aturcara program.


ATURCARA MAJLIS FORUM SINAR 1439/2018
Tarikh : 30h Jun 2018 (Sabtu)
Tempat: Learning Centre SMK

MASA
AGENSI
8.00 – 8.20 am
: Kehadiran Pelajar
: Kehadiran Ahli Panel
: Bacaan Al-Fatihah
8.30-9.10 am
1. Pusat Dakwah Islamiah, KHEU.
9.10-9.50 am
2. Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan
9.50-10.20 am
 Doa dan bersurai

 Berikut pula adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang program. 





Cg Soenerty selaku juruacara program


Mahasiswi Praktikum, Dyg Siti Ja'ariyah
Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Azizul Azri



Yang Mulia, Awg Mohd Asyraf (JAPEM)















Yang Mulia, Dyg Siti Noraini (PDI)


Cg Diana dan Cg Soenerty, Juruacara
















Dari belakang, Yang Mulia Cg Hj Halip (UKK), dari kiri depan, Cg Masilah dan Cg Norizan





Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UKK JSS, JAPEM, PDI, Pihak pentadbiran, komiti kaunseling dan kerjaya Sekolah Menengah Katok, guru-guru subjek tahun 7, mahasiswi Praktikum, para pelajar dan semua individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Semoga program ini bermanfaat kepada para pelajar.