SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PERJUMPAAN PERTAMA KAUNSELOR- KAUNSELOR KLUSTER 1 2019

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

13hb Mac 2019 (Rabu)

Alhamdulillah berpeluang mengadakan perjumpaan pertama bagi komiti kaunselor kluster 1 bertempat di Bilik Kaunseling SM Menglait dari jam 2 hingga 4 ptg. Agenda perjumpaan berkisar pada progra-program serta perisian kaunseling kluster 1 bagi tempoh 2019.


Seramai 7 ahli yang hadir termasuk penyelia kluster 1 iaitu cg Hj Halip. 

Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun ini aamiin-aamiin yarabb.


LAWATAN KE IBTE AGROTECH, WASAN

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

02hb Mac 2019 (Sabtu)

Alhamdulillah berpeluang membawa kesemua pelajar tahun 11g2 (32 orang) untuk membuat lawatan ke IBTE Agrotech Wasan. Guru pengawas bagi lawatan ini ialah saya sendiri (cg Azie), cg Hawa, Cg Hjh Roshimah dan Cg Siti Hafizah. Lawatan bermula lebih kurang jam 2 petang dan berakhir 4 petang. Kami berpeluang menyaksikan kampus-kampus dengan menggunakan dua buah bas (terima kasih kepada tuan Hj, pemilik bas pengangkutan yang sudi menumpangkan kami dengan menggunakan dua buah bas tanpa bayaran lebih, kerana pihak sekolah hanya memohon sebuah bas saja pada asalnya).

lawatan kali ini sangat bermakna, berinformatif dan menyeronokkan. berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang lawatan berkenaan.