SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PERTANDINGAN KUMPULAN BERTINDAK (A'TEAM) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SENEGARA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


22hb Julai 2017(Sabtu)

Alhamdulillah, satu sejarah indah terlakar buat pasukan Ateam Sekolah Menengah Katok yang akhirnya muncul menjadi juara bagi pertandingan yang dianjurkan oleh pihak UKK. Atas kurnia dan izin Allah maka penat lelah selama ini telah dibalas dengan kejayaan yang julung-julung kalinya bagi pasukan ateam SMK.

Seramai lebih kurang 38 buah sekolah yang berentap pada peringkat awal  dan saringan pada November 2016 yang lalu dan hanya 7 buah sekolah saja yang masuk ke peringkat Akhir. Pasukan-pasukan yang layak tersebut ialah SM KATOK, SUAMPRIPAD, SUAMPHRIPAS, SM PAP MASNAH, MAKTAB ANTHONY ABELL dan MAKTAB SOASC.

Alhamdulillah, SM Katok mendapat tempat pertama, SUAMPRIPAD mendapat tempat kedua dan SMPAPMASNAH mendapat tempat ketiga.

Tahniah ke atas kelima-lima pelajar yang berlatih bersungguh-sungguh walau pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang. Dengan izin Allah maka setiap dugaan itu dapat diharungi. Berkat doa dan usaha kini mereka menikmati kejayaan setelah hampir 2 tahun berpenat lelah.

Terima kasih juga diucapkan kepada warga SMK terutama bahagian kaunseling dan kerjaya SMK, pentadbiran, akademik dan kesemua yang turut menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan ini,terutama sekali di atas doa-doa yang tidak putus-putus.  Berikut disertakan beberapa keping gambar yang diambil pada hari ini.










Membaca doa sebelum bertanding


PROGRAM HALATUJU SM KATOK 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


10hb Julai 2017(Isnin)

Alhamdulillah, satu lagi program telah selesai dilaksanakan iaitu Program Halatuju selepas peperiksaan 'O'Level. Program bermula seawal 7 pagi dengan kehadiran para pelajar dan juga agensi-agensi yang terlibat. jam 8 pagi bacaaan doa di bacakan oleh Ustaz Azani dan kemudian ucapan alu-aluan serta perasmian pameran halatuju di lancarkan oleh Pengetua SM Katok, Dyg Penroose Saleha. Seterusnya tayangan video dan diikuti dengan Pengetua, Timbalan-timbalan pengetua, guru-guru, para jemputan (ibu-bapa) dan pelajar menyaksikan pameran yang telah disediakan oleh para agensi.  antara agensi yang terlibat dalam pameran dan taklimat adalah dari Pasukan Angkatan Bersenjata di Raja Brunei, Micronet, Pusat Pergigian, Study in Australia, Livewire Brunei, KIGS dan yang lainnya.

Selepas menyaksikan pameran, para pelajar beredar ke tempat taklimat masing-masing mengikut kumpulan yang telahpun di aturkan sedari awal, iaitu kumpulan merah di dewan, kuning di LT2 dan hijau di LC. Taklimat berlangsung sehingga jam 10.20 pagi dan kemudiannya rehat sehingga 10,50 pagi.

Taklimat diteruskan selepas jam 10.50 pagi dan kali ini kumpulan kuning bercampur dengan kumpulan merah di dewan memandangkan ada beberapa agensi yang tidak dapat hadir di saat akhir. Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya program ini berjaya dilaksanakan, hasil kerjasama warga SM Katok. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang program berlangsung.