SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

VIP DAYS SM KATOK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


19hb September 2017(Selasa)

Alhamdulillah, pada hari ini SM Katok telah mengadakan perjumpaan untuk menandatangani rekod kemajuan bagi ibubapa/penjaga para pelajar SM Katok bagi tahun 8, 10xp dan 11. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mampu mendapatkan keputusan yang baik dan bagi yang kurang baik, jangan berputus asa dan terus mencuba selagi masih ada masa dan masih belum terlambat.

Terima kasih juga diucapkan kepada PRS dan PREFEK yang bertugas membantu guru-guru dalam mempermudahkan perjumpaan pada petang ini.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang perjumpaan.


















STRIVE TO SUCCESS 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


16hb September 2017(Sabtu)

Alhamdulillah dgn izin Allah,pada hari ini program "Strive to success" (kelolaan akademik, HEP dan kaunseling SMK) telah berjaya diungkayahkan.

Program dimulakan pada jam 10.30 dengan bacaan Alfatihah dan seterusnya diambil alih oleh cg AG dalam menerangkan kepada pelajar tentang TLT dan menunjukkan penempatan pelajar (samaada dalam kumpulan hijau, kuning atau merah).

Kemudian sedikit kata alu-aluan di sampaikan oleh Timbalan Pengetua Akademik Cg Norahtina dan seterusnya penyerahan slip keputusan peperiksaan yang lalu kepada para pelajar dalam format sijil O level.  Para pelajar kemudian diberi masa untul refleksi diri dan dikelolakan oleh saya selaku kaunselor.

Program seterusnya diteruskan dengan pembahagian kumpulan, iaitu kumpulan hijau bergerak ke bilik tingkat atas dewan manakala para pelajar yang berada dalam kumpulan kuning dan merah tidak perlu berganjak.

Sedikit cetusan minda dan motivasi diri diteruskan oleh saya dan seterusnya disambung oleh mahasiswi praktikum kaunseling iaitu Nor Amalina Aqilah dengan penyampaian bertajuk gagal atau berjayakah aku.

Program diteruskan lagi dengan menunjukkan kepada para pelajar beberapa orang pelajar yang beriltizam yang terdahulu. Pelajar beriltizam di sini bermaksud para pelajsr pada tahun lepas yang telah berjaya melepaskan diri dari zon merah/kuning dan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan O level,selepas program sebegini dijalankan, Alhamdulillah.

Kaunselor menerangkan bahawa keyakinan yang tinggi dan usaha yang berterusan pasti akan dapat membuahkan hasil dengan izin Allah jua. Masih belum terlambat untuk mereka mengubah nasib mereka walau hanya lebih kurang 2 minggu saja lagi peperiksaan O Level akan bermula. Beberapa tips dikongsikan sebagai pecutan akhir dan program kemudiannya diteruskan dengan prediksi para pelajar dalam keputusan O level yang akan datang. Mereka diminta untuk menulis prediksi masing-masing dalam kertas yabg diedarkan.

Kemudian, para pelajar dalam kumpulan hijau berkumpul semula bersama dengan kumpulan merah dan kuning bagi penyampaian sijil apresiasi dna motivasi yang disampaikan oleh Pengetua SM Katok, yang mulia Cg Penroose Saleha. Berikut adalah beberapa keping gambar semasa program.