SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

VIP DAYS SM KATOK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


19hb September 2017(Selasa)

Alhamdulillah, pada hari ini SM Katok telah mengadakan perjumpaan untuk menandatangani rekod kemajuan bagi ibubapa/penjaga para pelajar SM Katok bagi tahun 8, 10xp dan 11. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mampu mendapatkan keputusan yang baik dan bagi yang kurang baik, jangan berputus asa dan terus mencuba selagi masih ada masa dan masih belum terlambat.

Terima kasih juga diucapkan kepada PRS dan PREFEK yang bertugas membantu guru-guru dalam mempermudahkan perjumpaan pada petang ini.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang perjumpaan.