SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2018


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


02hb Januari 2018(Selasa)

Alhamdulillah,selamat datang kembali ke Sekolah Menengah Katok bagi sesi persekolahan penggal pertama tahun 2018. Didoakan agar para pelajar kembali dengan penuh semangat dan motivasi di samping membaharui keazaman dalam diri masing-masing untuk menjadi pelajar yang beriltizam,cemerlang dan beriman. Aamiin.

Hari pertama persekolahan dimulakan dengan perkumpulan pagi di Dewan Serbaguna SM Katok. Perbarisan dimulakan dengan lagu kebangsaan, bacaan doa (diketuai pelh Ustaz Azani), ikrar pelajar dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Puan Pengetua dan juga timbalan pengetua pentadbiran.

Selesai perbarisan, para pelajar bergerak ke kelas masing-masing bersama guru kelas (Class Manager/CM) mereka.

Berikut adalah beberapa keping gambar perkumpulan tadi.




Credit: cg Ag