04hb Januari 2018(Khamis)
Pada hari ini, ujian kerjaya RIASEC singkatan bagi Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional yang juga dikenali sebagai Ujian Personaliti Kerjaya Holland telahpun dijalankan ke atas pelajar-pelajar tahun 8 SM Katok, iaitu seramai lebih kurang 186 orang pelajar.
Alhamdulillah, ujian dilaksanakan dengan lancar dan pada tahun ini, keputusan menunjukkan jumlah tertinggi yang diperolehi adalah pada bidang Conventional. Enam jenis persekitaran pekerjaan ini didedahkan kepada para pelajar agar mereka lebih peka tentang minat dan halatuju masing-masing, sekaligus dapat membantu mereka untuk memilih mata pelajaran yang sesuai dengan cita-cita mereka.
Ujian dijalankan oleh Komiti Kaunseling dan Kerjaya yang dibantu oleh pelajar-pelajar PRS SM Katok dari jam 8.30 hingga 9.40 pagi bertempat di LT2.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang ujian dijalankan.
Sebahagian PRS lelaki yang bertugas. Menunggu para pelajar tahun 8 masuk ke LT. |
Sebahagian dari PRS perempuan yang bertugas |
PRS- Wani dan Jannah |
Sebilangan kecil komiti kaunseling dan kerjaya yang terlibat. Dari kiri Cg Kelvin, Cg Azie, Cg Hawa, Cg Diana, Cg Tetty dan Cg Is'sardi. |