SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

HARI PERTAMA ORIENTASI PELAJAR-PELAJAR TAHUN 7


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


03hb Januari 2018(Rabu)


Hari ini merupakan hari pertama orientasi dijalankan bagi para pelajar tahun 7. Orientasi dimulakan dengan pendaftaran, nyanyian lagu kebangsaan, nyanyian lagu sekolah, bacaan surah AlFatihah oleh Ustaz Azani dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Puan Pengetua Cg Penroose Saleha.

Taklimat kemudiannya menyusul, iaitu Taklimat Struktur Organisasi,Akta Pendidikan &Kewangan oleh Guru Kanan Pentadbiran,Cg Fauziah. Di ikuti oleh taklimat 'Insuran Kelompok' dari Takaful BIBD dan seterusnya taklimat Akademik& CCA serta Skim Miftahun Najaah masing-masing disampaikan oleh Cg Suzanah (Guru Kanan Akademik 2) dan Cg Khatijah ( Guru Kanan HEP). Sepanjang taklimat berlangsung,pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bertanggungjawab mengagih-agihkan brosur orientasi dan brosur perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa/penjaga,beserta dengan borang takaful, surat pemberitahuan larangan membawa telefon bimbit dan juga borang Akta pendidikan Wajib.

Selesai taklimat,ikrar dibacakan oleh PRS iaitu Awg Muhd Khairi Bin Kamis dan majlis berakhir dengan penandatangan akta pendidikan wajib.

Ibubapa kemudian bersurai manakala para pelajar dibenarkan berehat sebelum memulakan sesi kedua selepas rehat, iaitu sesi taklimat dari Cg Julyanah (Ketua Pendaftaran), Aktiviti Ice Breaking oleh Cg Noor Azimah (Kaunselor Sekolah) bersama PRS SMK  dan yang terakhir taklimat dari Cg Khatijah sekali lagi.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang sesi orientasi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penjaga/ibubapa yang hadir pada hari ini.

Ucapan alu-aluan Puan Pengetua Cg Penroose Saleha

Cg Fauziah

Takaful Bibd

Cg Suzanah

Cg Khatijah

Dari kiri,Cg Khatijah,Cg Fauziah, Cg Suzanah,Cg Julyanah dan Cg Suryani

Juruacara, Cg Hjh Rabeah








Sebahagian dari ibubapa/penjaga yang hadir
Ikrar pelajar diketuai oleh PRS Muhd Khairi Bin Kamis

Class Managers (CM) tahun 7 2018

PRS yang bertugas. Dari kiri Khairi, Hazim, Hakimin, Azim,Addey, Ak Nikmamul dan Airul

PRS dari kiri Bazilah, Wani, Miza, Jannah, Afifah, Mira dan Suma.

PRS dari kiri Nazurah, Haziqah, Amalia,Farah dan Aminah

PRS dari kiri Amirul Akid dan Amirun.

Sebagahian Prefek yang bertugas.