SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

Lawatan ke Hari Terbuka KOLEJ LAKSAMANA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

03hb Mac 2018 (Rabu)

Alhamdulillah, hari ini komiti kaunseling dan kerjaya berpeluang membawa para pelajar tahun 11G1 yang mengambil mata pelajaran jurusan perniagaan untuk membuat lawatan ke hari terbuka di kolej laksamana, Freshco.

Seramai 19 orang pelajar dan 4 orang guru pengawas menyertai lawatan tersebut. Rombongan bertolak dari SM Katok kira-kira jam 9.30 pagi dan lawatan berakhir kira-kira jam 12.15 tengahari.

Lawatan dimulakan dengan kolej 'tour' yang diketuai oleh wakil pelajar (student council) kolej tersebut. Para pelajar berpeluang melihat aplikasi games yang dicipta oleh pelajar kolej berkenaan dna kemudiannya dibawa untuk meninjau perpustakaan, bilik kuliah, cafe dan sebagainya. Para pelajar juga berpeluang untuk mencuba permainan rubic dan games fifa sebelum mendengarkan taklimat tentang hal-hal berkaitan di kolej tersebut, iaitu "Life in LCB" yang disampaikan oleh salah seorang bekas pelajar Laksamana Kolej iaitu Awg Saldi.

Terakhir, kami diberi peluang untuk menyaksikan live cookong oleh Mr Luke yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di kolej tersebut.

Alhamdulillah, lawatan kali ini sangat-sangat bermanfaat dan menyeronokkan tetapi masa agak terhad. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang lawatan tadi.