SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

KURSUS LANJUTAN PRS 2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

01hb Mei 2018 (Selasa)


Alhamdulillah, satu lagi program kaunseling dan kerjaya SMK berjaya dilaksanakan iaitu kursus lanjutan pembimbing rakan sebaya yang diadakan di Sekolah Mennegah Katok pada sebelah pagi dan di sebelah petang pula diadakan di Taman Mini Peranginan Parit. Berikut adalah eberapa keping gambar sepanjang kursus lanjutan tersebut.









Doa dibacakan oleh Amirul Akid

Menyanyikan lagu SMK



Menyanyikan lagu PRS




Siti Ja'ariah, mahasiswi Praktikum
























Para pelajar juga perlu menjawab ujian bertulis sebelum tamatnya kursus sebelah pagi.

Antara isi soalan bagi ujian penialian PRS yang disediakan oleh kaunselor SMK

Perisian Explorace sebelah petang di Taman Mini Peranginan Parit (1.30-4.30pm)

EXPLORACE KURSUS LANJUTAN
Pengawas Am: Cg Noor Azimah Binti Sulaiman
Siti Ja’ariah Bt Hj Tamat

AKTIVITI 1 ( 4 ahli)
Fasilitator: Cg Hjh Roshimah, Cg Dk Syatirah, Cg Azie

Pics’ hunt: Fasilitator tunjuk gambar seimbas pandang pada ahli kumpulan. Ahli kumpulan berbincang benda yang perlu dicari kemudian mencari kad benda tersebut di sekitar kawasan yang diterangkan oleh fasilitator dalam masa 5 minit sahaja secara bergilir-gilir (seminit seorang).
Setiap kad benda hanya ada satu sahaja, misalnya, kerusi maka hanya akan ada satu kad kerusi sahaja, jadi peserta perlu mencari dengan cepat.
Kad boleh dicuri dari ahli lain. Maka peserta perlulah bijak agar tidak diketahui yang mereka sudah menemukannya hingga seminit habis.
Alatan: Gambar, kad benda, wisel. (disediakan oleh pengawas am)

AKTIVITI 2 (3 ahli satu pusingan) SEMUA AHLI IKUT SERTA PERMAINAN
Fasilitator: Cg Siti Hawa, Cg Diana, Cg Masilah, Cg Dk Hjh Rahmah

Relay tisu- Meniup tisu dari garis mula hingga tamat. Setiap ahli perlu meniup sekeping tisu dan di sambut oleh ahli seterusnya (tidak boleh jatuh ke tanah, jika jatuh hendaklah dibuat dari garis mula dan mengambil tisu yang baru)
Alatan: Sekotak tisu (disediakan oleh fasilitator)

AKTIVITI 3 ( 5 ahli-sama jantina satu pusingan) SEMUA AHLI IKUT SERTA PERMAINAN
Fasilitator: Cg Dk Kamaliah, Cg Dk Hjh Rahmah, Cg Suriyanti

Passing getah- Lumba ‘passing’ getah menggunakan straw. Tidak boleh menggunakan tangan sama sekali.
Alatan: Straw, getah (disediakan oleh pengawas am)

AKTIVITI 4 (4 ahli satu pusingan)
Fasilitator: Cg Masilah, Cg Noriadah, Cg Kelvin, Cg Diana

Cabaran biskut: Mengalihkan biskut yang diletakkan di atas muka bahagian mata ke mulut. Siapa yang paling cepat dapat menggigit biskut tersebut dikira menang. Jika jatuh, dikira kalah.
Alatan: Sarung tangan plastic, biskut. (disediakan oleh pengawas am)

AKTIVITI 5- SEMUA AHLI IKUT SERTA PERMAINAN
Fasilitator: Cg Azie, Cg Siti Hawa, Cg Diana, Cg Masilah, Cg Dk Kamaliah, Cg Dk Hjh Rahmah, Cg Suriyanti, Cg Noriadah, Cg Is’sardi, Cg Kelvin, Cg Hjh Roshimah, Cg Zizi, Cg Dk Syatirah
Freeze dance –  3 pusingan.
Set 1: kump B dan E freeze dance, S dan T distractor
Set 2:  kump S dan T freeze dance, B dan E distractor.
Set 3: Final groups antara BE dan ST akan bertanding.   
Setiap kumpulan perlu bergerak mengikut musik dan jadi ‘statue’ jika musik berhenti. TIDAK DIBENARKAN ketawa sama sekali. Distractor akan cuba membuatkn mereka ketawa dan sesiapa yang ketawa akan terkeluar dari games. Sebanyak 5 freeze dance dalam 1 pusingan. Distractor perlu mencari mana-mana ahli lawan untuk diganggu (tidak dibenarkan menyentuh mana-mana bahagian anggota badan, cukup dengan mimic muka dan perlakuan sahaja).
Alatan: musik (disediakan oleh pengawas am)

Kesemua aktiviti perlu dilakukan oleh semua ahli kumpulan kecuali aktiviti 1 dan 4.

pic's hunt untuk aktiviti explorace sebelah petang

salah satu tempat menyembunyikan gambar

Suasana cerah di Peranginan Parit beberapa minit selepas hujan lebat 


Cg Noriadah membantu menyusun cone 


Para pelajar PRS yang baru tiba dengan bas sewa 

Seperti biasa, bacaan doa sebelum menjalankan sebarang aktiviti, kali ini di baca oleh Danish Hibatullah
 

Seabahagian dari komiti kaunseling dan kerjaya yang bertugas, dari kiri Siti Ja'ariah, Cg Dk Hjh Rahmah, Cg Noriadah, CG Suriyanti, Cg Siti Hawa, CG Diana, Cg Azie dan Cg Dk Syatirah (Yang tidak ada dalam gambar, Cg Kelvin, Cg Hjh Roshimah dan CG DK Kamaliah)
Bersiap sedia untuk aktiviti explorace pertama

Aktiviti 1- Pic's hunt, pusingan pertama, wakild ari setiap kumpulan mendengarkan arahan dari Cg Dk Syatirah


Pusingan kedua Pic's hunt


Aktiviti 2- Cabaran tisu

Biscuit's challenge

 

Freeze's dance with distractor

Biscuit's challenge

bergambar ramai
 



Kehadiran pengawas

Kehadiran peserta kursus