SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA BAGI MAKTAB-MAKTAB DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SENEGARA 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
31hb Ogos 2019 (Sabtu)

Alhamdulillah, pada pagi ini pertandingan syarahan agama telahpun dijalankan dan saya berpeluang dan diberikan kepercayaan untuk melatih satu-satunya peserta perempuan wakil Sekolah Menengah Katok bagi tahun ini.

Alhamdulillah, Allah telah memberikan rezeki untuk kami. Sekolah Menengah Katok memenangi teks syarahan terbaik secara keseluruhan dan tempat ketiga untuk peserta. Tahniah diucapkan kepada Aqilah atas usaha dan ini merupakan pengalamannya yang pertama untuk mengikuti pertandingan seperti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak dan individu yang turut serta mendoakan kejayaan kami.

Berikut adalah beberapa gambar yang di ambil sepanjang pertandingan. Terima kasih cg Suzana kerana menemani saya ke Sekolah Menengah Sayyidina Hasan iaitu tempat pertandingan dijalankan.



Dari kiri, Cg Suzana, Saya sendiri CG Noor Azimah dan Dyg Aqilah











 


bergambar ramai


Membawa penyokong lunch selepas pertandingan





PERTANDINGAN NETBALL SMK 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

27 & 29hb Ogos 2019 (Selasa & Khamis)

This post is not related to counselling and career's activity but saya ingin mengabadikan salah satu moment selaku ketua pengawas bagi bola jaring rumah Shark Sekolah Menengah Katok di Blog ini. Alhamdulillah, pertandingan bagi para pelajar diadakan pada 27hb manakala bagi guru-guru pula pada 29hb. Sejujurnya aktiviti sebegini sangat meyeronokkan dan walaupun banyak masa dihabiskan untuk melatih para pelajar namun boleh dikatakan tidak pernah sekalipun individu-individu yang terlibat merungut. Alhamdulillah, Allah beri rezeki kepada saya untuk dikelilingi oleh rakan-rakan sekerja yang sangat positif dan enthusiastic.

Berikut beberapa keping gambar sepanjang aktiviti dan terima kasih kepda guru-guru yang menyumbangkan gambar-gambar berikut.

Dari kiri, Cg Henny (orang kuat for our team), peserta sharks dan saya sendiri. 









Dari kiri, Cg Kamaliah, Cg Azymah, Aneez our beloved Clerk, I myself (Cg Azie), Cg Henny, Cg Sharon, Anne (Our beloved ICT technician), Cg Hakimah and Cg Dk Hafizah. 







LAWATAN KE PESTA CONVO 2019




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
18hb Ogos 2019 (Sabtu)

Alhamdulillah, berkesempatan membawa beberapa orang pelajar PRS untuk mengikuti lawatan ke pesta convo. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan disamping hadiah-hadiah untuk para pemenang. Berikut adalah beberapa gambar sepanjang lawatan.