SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA BAGI MAKTAB-MAKTAB DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SENEGARA 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
31hb Ogos 2019 (Sabtu)

Alhamdulillah, pada pagi ini pertandingan syarahan agama telahpun dijalankan dan saya berpeluang dan diberikan kepercayaan untuk melatih satu-satunya peserta perempuan wakil Sekolah Menengah Katok bagi tahun ini.

Alhamdulillah, Allah telah memberikan rezeki untuk kami. Sekolah Menengah Katok memenangi teks syarahan terbaik secara keseluruhan dan tempat ketiga untuk peserta. Tahniah diucapkan kepada Aqilah atas usaha dan ini merupakan pengalamannya yang pertama untuk mengikuti pertandingan seperti ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak dan individu yang turut serta mendoakan kejayaan kami.

Berikut adalah beberapa gambar yang di ambil sepanjang pertandingan. Terima kasih cg Suzana kerana menemani saya ke Sekolah Menengah Sayyidina Hasan iaitu tempat pertandingan dijalankan.



Dari kiri, Cg Suzana, Saya sendiri CG Noor Azimah dan Dyg Aqilah











 


bergambar ramai


Membawa penyokong lunch selepas pertandingan