SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

BENGKEL TVECAS


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
30hb September 2019 (Isnin)

Alhamdulillah, pada petang ini pihak UKK dan wakil dari IBTE iaitu Puan Siti Roziana telah membantu unit kaunseling dan kerjaya Sekolah Menengah Katok dalam perlaksanaan bengkel TVECAS. Bengkel ini sangat bermanfaat dalam membantu para pelajar untuk memperolehi pengetahuan tentang cara memohon ke IBTE melalui tvecas terutama filtering process.

Bengkel dimulakan dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh Ak Nikmamul Waie kira-kira jam 1.45 petang dan berakhir 3.45pm. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel pada petang ini. Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil sepanjang bengkel berkenaan. 

































BENGKEL INTERVENSI ISU PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

03-05hb Sept 2019 (Selasa hingga Khamis)

Alhamdulillah, berpeluang menghadiri bengkel yang sangat bermanfaat anjuran bersama Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Sekolah-Sekolah yang sebenarnya dijadualkan mulai 29hb Ogos namun atas kekangan tugas maka saya hanya berkesempatan menghadiri baki 3 hari namun masih cukup padat dengan perisian-perisian yang sangat berguna yang boleh dijadikan sebagai nilai tambah untuk tugas selaku kaunselor sekolah.

Hari pertama bagi saya 3hb iaitu pada hari Selasa, saya berpeluang bersama peserta bengkel yang lain untuk membuat lawatan ke Pusat Al-Islah Jln Kerakas Payau, Tutong pada sebelah pagi iaitu kira-kira jam 7.30 hingga 12 t/hari. Banyak perkongsian dan ilmu-ilmu yang diperolehi pada pagi ini. Walaupun ini merupakan kali kedua saya melawat ke mari (kali pertama semasa masih mengikuti kursus Master in Counselling, UBD).

Sebelah petangnya pula kami di bawa untuk melawat ke Unit pengawasan dan diberikan peluang untuk menghadiri sesi kongsisama bersama OYDP (Orang yang di bawah pengawasan). Again, sangat-sangat bermanfaat dan bermakna.

Keesokkan harinya pula, kami di bawa melawat ke Galeri Biro Kawalan Narkotik dan seterusnya pada sebelah petang kami diberi peluang untuk berbincang bersama ahli kumpulan untuk membuat pembentangan pada hari terakhir, iaitu Khamis. 

Hari terakhir, pada sebelah pagi sebanyak 5 kumpulan membuat pembentangan masing-masing, iaitu berkenaan dengan program yang boleh dijadikan sebagai intervensi untuk para pelajar sekolah rendah/menengah. di sebelah petang pula, majlis penutup diadakan dan tanpa diduga, kumpulan kami memenangi tempat kedua bagi pembentangan yang kami lakukan di sebelah pagi yang bertajuk "Just Say Nda!" Alhamdulillah, rasa berbaloi saya bersengkang mata menyiapkan slides prezi dan sangat-sangat bersyukur kerana Allah kurniakan ahli-ahli kumpulan yang sangat-sangat kreatif dan tiada masalah untuk bekerjasama. 

Saya juga berbesar hati kerana diberikan peluang untuk memberikan ucapan penghargaan di majlis penutup bagi mewakili kaunselor-kaunselor sekolah.

Berikut beberapa gambar sepanjang bengkel dijalankan. 



sebahagian dari gambar dalam galeri 'lorong gelap'



gambaran bilik penagih








dadah membawa padah


ok, both of us posing kejap yer









Group 3




















Alhamdulillah
That moment :) di sebelah belakang Cg Amcahah, dari kiri bawah: Cg Heimeilia, Cg Darwisyah, Saya sendiri, Cg Nor Haslinda dan Cg Pg Ain. 
   




ok, masuk paper




semasa memerah otak memikirkan perisian program intervensi, from left: Cg Azie (saya sendiri), Cg Amcahah, Cg Norhaslinda, Cg Heimeilia dan Cg Darwisyah (not in the picture: Cg Pg Ain)



Alhamdulillah












Bergambar ramai