SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

BENGKEL TVECAS


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
30hb September 2019 (Isnin)

Alhamdulillah, pada petang ini pihak UKK dan wakil dari IBTE iaitu Puan Siti Roziana telah membantu unit kaunseling dan kerjaya Sekolah Menengah Katok dalam perlaksanaan bengkel TVECAS. Bengkel ini sangat bermanfaat dalam membantu para pelajar untuk memperolehi pengetahuan tentang cara memohon ke IBTE melalui tvecas terutama filtering process.

Bengkel dimulakan dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh Ak Nikmamul Waie kira-kira jam 1.45 petang dan berakhir 3.45pm. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel pada petang ini. Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil sepanjang bengkel berkenaan.