SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

LAWATAN KE IBTE AVIATION, KAMPUS SULTAN SAIFUL RIJAL

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

10hb Oktober 2019 (Khamis)

Alhamdulillah, berpeluang membawa 10 orang para pelajar tahun 9S1 ke Kampus Sultan Saiful Rijal bagi menyaksikan dan mengikuti taklimat dan aktiviti sempena Electronics Educational Showcase kampus berkenaan.

Tujuan lawatan ini ialah untuk;

1. Memperkenalkan dan mempromosikan program-program Elektronik dan Telekomunikasi kampus berkenaan
2. Menarik minat pelajar-pelajar yang berpotensi dalam bidang yang ditawarkan
3. Memberi peluang kepda para pelajar untuk menyaksikan pameran, mendengar taklimat dan membuat aktiviti/perbincangan/hands on practical.

Seramai 4 orang guru pengawas yang ikutserta ke Kampus ini iaitu saya sendiri (Cg Azie), Cg Hawa, Cg Julyanah dan Cg Hjh Suryani. Kenderaan dan makanan tengahari di sediakan oleh pihak kampus. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil oleh guru-guru pengawas sepanjang lawatan.