SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

INSENTIF KEPADA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH MENENGAH KATOK

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

19hb November 2019 (Selasa)

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan rezeki untuk pihak sekolah dalam memberikan insentif kepada para PRS sebagai satu penghargaan untuk mereka yang bertungkus lumus sepanjang tahun bagi membantu pihak sekolah khasnya kaunselor dalam mengendalikan aktiviti / program sekolah.

Insentif kali ini adalah dengan membawakan para PRS bermain bowling di iBowl utama bowling. Seramai lebih kurang 27 orang PRS yang dapat hadir dan ikut serta untuk insentif ini. InsyaAllah, pada tahun mendatang, insentif akan diberikan lebih awal jika tiada aral melintang, ini kerana ramai PRS yang tidak dapat hadir atas komitmen lain.

Seramai 5 orang guru pengawas yang ikut serta iaitu saya sendiri, cg Azie, Cg Diana, Cg Yanti, Cg Norral dan Cg Kelvin. Perbelanjaan pengangkutan dan bowling dibiayai sepenuhnya oleh pihak sekolah. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada pihak pentadbiran Sekolah Menengah Katok atas sumbangan ini.

Berikut adalah beberapa gambar sepanjang aktiviti tersebut.