SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PROGRAM 'STRIVE TO SUCCESS' FASA 2

26hb September 2016 (Isnin)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 

Alhamdulillah, Program Strive to Sucees-Fasa kedua bersama ibubapa/penjaga para pelajar tahun 10XP dan 11 telah selesai dilaksanakan. Aturcara program tersebut adalah seperti berikut;
 

MASA
PERKARA
7.30-8.00 pagi
Kehadiran Pelajar dan Ibubapa/penjaga
8.00-8.15pagi
Ucapan Alu-aluan dari Puan pengetua cg Penroose Saleha
8.15-8.20 pagi
Slideshow Program Strive to Success Fasa 1-Disediakan oleh Cg A.G
8.20-8.45 pagi
Warkah Kasih-Dikendalikan oleh Cg Khatijah (Guru Kanan HEP)

Bersurai
 
Berikut adalah beberapa keping gambar sepanjang Program ini;



Ucapan dari Puan Pengetua cg Penroose saleha
Sebahagian dari para ibubapa/penjaga yang hadir
'Warkah Kasih' Oleh Cg Khatijah(Guru Kanan HEP)



Saat-saat mengharukan...



Warkah kasih memberikan peluang kepada para pelajar dan ibubapa/penjaga masing-masing untuk berkongsi tentang perasaan dihati masing-masing. Melalui medium pen dan kertas, para pelajar berpeluang meluahkan segala rasa yang terpendam dihati mereka dan kemudiannya dibaca oleh ibu bapa/penjaga masing-masing. Ibu bapa/penjaga pula kemudiannya diberikan peluang untuk menulis atau membalas isi hati anak-anak mereka juga di dalam booklet yang diberikan pada pelajar.

Pihak Sekolah benar-benar berharap, agar dengan kerjasama yang diberikan ini akan dapat menyuntik semangat para pelajar dalam berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama keluarga dalam memperolehi keputusan yang cemerlang untuk epperiksaan O level yang hanya tinggal 06 hari saja lagi.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pbubapa/penjaga, para pelajar, guru-guru dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi sama-sama menjayakan Program "Strive to Success' Fasa kedua ini.