SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

TIPS AKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN 'O' LEVEL

21hb September 2016



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Hanya tinggal lebih kurang 09 hari saja lagi sebelum peperiksaan GCE O Level. Apa khabarnya pelajar-pelajar Sekolah Menegah Katok?Sudah bersedia atau belum? Bagi yang sudah mempersiapkan diri sedari awal lagi mungkin hanya perlu menyediakan diri dari segi mental dan emosi saja di samping mengimbas lalu beberapa ringkasan nota, namun bagi yang langsung belum bersedia, saat-saat akhir ini mungkin akan membuatkan kamu berasa cemas, panik dan gelisah!

Ada beberapa orang pelajar yang mengadu mereka sangat-sangat belum bersedia dan mengaku bahawa mereka berasa panik disaat akhir ini. Cikgu rasa lebih baik cikgu senaraikan beberapa perkara yang perlu para pelajar ambil tahu dan titikberatkan.

1. Sentiasa tenang.

Ya, cikgu tahu bunyinya agak mudah namun sukar untuk dilaksanakan. Namun, cubalah. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan, lakukan berulangkali. Seperti yang selalu cikgu katakan pada para pelajar semua, jangan biarkan hati kita menjadi raja dan menguasai diri. Apabila hati sering meronta-ronta kecemasan dan merasa takut melulu, maka otak pun akan terpengaruh dan tidak dapat berfikir dengan baik. Sentiasa yakin dan positif bahawa kamu semua pasti akan dapat melalui peperiksaan ini dengan baik, insyaAllah.yang penting, tukarkan kesemua perasaan yang negatif ke positif, misalnya, 'expectation' guru atau ibubapa perlulah dianggap sebagai satu dorongan untuk kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh, bukannya sebagai satu bebanan sehingga kamu panik dan sedih.
 Masih ingatkah tentang hukum tarikan (Law of attraction) yang cikgu bincangkan tempoh hari? Nya orang Brunei, amalkan tia. Sentiaslah husnudzon (bersangka baik) dan berfikiran positif selalu.  Bak kata pepatah Inggeris,
Winners make a habit of manufacturing their own positive expectations in advance of the event.
Read more at: http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/habit.html

Winners make a habit of manufacturing their own positive expectations in advance of the event.
Read more at: http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/habit.html


"Winners make a habit of manufacturing their own positive expectations in advance of the event." -Brian Tracy


2. Jaga kesihatan dan istirahat dengan mencukupi

Selalu cikgu perhatikan bahawa kebanyakan diantara kamu kurang menjaga kesihatan menjelang peperiksaan. Pastikan kamu mendapat rehat yang secukupnya dan jika ingin bangun malam menela'ah pelajaran, pastikan kamu tidur sekejap (Qailullah) waktu tengahari atau sebelum solat Zuhur lebih kurang 10-20 minit (sunnah Rasulullah), yang penting bila terjaga terus bangun. Elakkan pula tidur selepas asar kerana ia akan membuatkan badan kamu lebih letih dan lesu sepanjang hari. sebab itu bila ada pelajar yang bertanya kenapa dia masih merasa mengantuk yang teramat sangat walaupun sudah tidur melebihi dari jam yang sepatutnya, cikgu akan menyarankan agar dia melihat kembali waktu-waktu tidurnya.

Dalam kelas, memandangkan waktu Zuhur sekarang lebih kurang 12.15 tengahari,memang tidak dapat untuk melelapkan mata (kecuali jika kerja sudah selesai dan daripada berbual kosong lebih baik Qailullah), namun waktu hari-hari bukan persekolahan, eloklah mempraktikkan Qailullah ini dari sekarang, kerana Imam Al-Ghazali sendiri ada menyatakan "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur disiang hari kerana ianya membantu ibadah dimalam hari sebagaimana sahur membantu puasa disiang hari.Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat Zuhur."

Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud, "Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah."

3. Semak persediaan & urus waktu dengan baik

Persediaan disini merangkumi persediaan peralatan dan jadual peperiksaan. Pastikan peralatan untuk peperiksaan sudah mencukupi dan kad pengenalan pintar pun sudah disediakan. Dari segi masa pula, memandangkan hanya tinggal 09 hari saja lagi sebelum peperiksaan, pastikan kamu mengurus masa dengan baik, bukan membazirkannya ke arah perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil seperti bermain game, melayan teks Whatsapp berjam-jam dan sebagainya sehingga membuang masa.

4. Fahamkan nota dan teruskan ulangkaji

Fahami nota kamu. Elakkan dari menghafal semua bahan tanpa memahami satu pun dari hafalan tersebut. Buat ulangkaji dari ringkasan nota dan latih tubi dari soalan-soalan peperiksaan yang terdahulu dan yang diberikan oleh guru-guru dalam kelas. Ingat, masa sudah singkat maka gunakanlah ia sebaiknya.


5. Soal-jawab dengan rakan

Cuba untuk bersoaljawab dan berbincang dengan rakan-rakan disaat akhir ini, insyaAllah dengan demikian mungkin ada topik yang kamu kurang faham akan lebih jelas jika rakan kamu yang menerangkannya. Kamu akan dapat berkongsi topik-topik yang sudah kamu ulangkaji bersama rakan dan sekaligus kamu akan memperolehi maklumat dalam topik-topik yang kamu tidak tahu.

Selebihnya, para pelajar bolehlah muat turun (download) booklet yang sudah cikgu tukar ke PDF iaitu "Persediaan menghadapi peperiksaan". Di dalamnya terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan dan juga persediaan sehari sebelum peperiksaan, malam sebelum peperiksaan dan juga semasa di dalam dewan dan apa yang perlu dilakukan selepas peperiksaan.

InsyaAllah, dengan usaha, tawakkal dan doa kepada Allah SWT, cikgu harap kamu semua akan sentiasa yakin dan bermotivasi dalam berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan pencapaian kamu. Akhirkata, cikgu doakan semoga kamu semua akan berjaya didunia dan juga diakhirat. Aamiin aamiin yarabb.