SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PERTANDINGAN KUMPULAN BERTINDAK (A'TEAM) 2016/2017 PERINGKAT SARINGAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, pada pagi ini pertandingan kumpulan bertindak (A'Team,) peringkat saringan telah selesai dilaksanakan di Lecture Theatre Pusat Latihan Mekanik, Kg Tungku. Pertandingan ini melibatkan lebih kurang 31 buah sekolah Menengah senegara dan hanya 7 buahjpasukan yang telah berjaya mara ke peringkat akhir. Syukur Alhamdulillah, berkat usaha dan doa warga SM Katok serta rahmat Allah SWT, pasukan dari Sekolah Menengah Katok telah berjaya mara ke peringkat akhir. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar Ateam atas 'teamwork' yang sangat bagus.

Tema pertandingan adalah 'Sekolahku, Inspirasiku'. Tajuk program yang dipilih oleh pelajar-pelajar Ateam pasukan SM Katok ialah Program Aku Ingin Maju(A.I.M) yang memfokuskan kepada usaha dalam memperbaiki kehadiran pelajar-pelajar SMK.

Berikut adalah gambar-gambar ketika pertandingan berlangsung, dan sekali lagi, tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah yang telah berjaya masuk ke peringkat akhir (di jangka bertanding pada 13hb April 2017).