Alhamdulillah, hari ini aktiviti recycle contest yang dijalankan oleh pelajar kumpulan bertindak (action team)SMK telah berjaya dilaksanakan. lebih kurang 73 orang pelajardari tahun 8 hadir dan seramai 12 orang PRS yang bertugas termasuk ahli action team.
Objektif bagi pertandingan ini adalah untuk mencungkil kreativiti pelajarr, melahirkan perasaan sayang dan pada kebersihan kawasan persekitaran sekolah, di samping dapat memupuk nilai-nilai murni seperti rasa tanggungjawab, prihatin, kerjasama dan tolong menolong. Aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan dan hanya 4 orang ahli bagi setiap kumpulan. Aktiviti ini juga ditukar tempat perlaksanaannya, iaitu bilik drama untuk mengelak pelajar-pelajar berasa panas dan tidak selesa.
berikut adalah borang yang telah diedarkan sebulan sebelum pertandingan ini dimulakan;
Aktiviti ini berlangsung selama sejam 30 minit dan sebanyak 3 pasukan yang dipilih sebagai pemenang. Berikut adalah gambar sekitar aktiviti yang telah diambil,
hamper-hamper bagi pemenang |
Pemenang tempat ketiga |
Pemenang tempat pertama (juara) recycle contest bagi tahun 2016 |
Setinggi-tinggi penghargaan kepada kesemua pelajar tahun 8 yang hadir, ahli PRS dan Action Team yang bertugas pada hari tersebut, serta guru-guru yang turut sama mengawas dan membantu.