بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
19hb September 2017(Selasa)
Alhamdulillah, pada hari ini SM Katok telah mengadakan perjumpaan untuk menandatangani rekod kemajuan bagi ibubapa/penjaga para pelajar SM Katok bagi tahun 8, 10xp dan 11. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mampu mendapatkan keputusan yang baik dan bagi yang kurang baik, jangan berputus asa dan terus mencuba selagi masih ada masa dan masih belum terlambat.
Terima kasih juga diucapkan kepada PRS dan PREFEK yang bertugas membantu guru-guru dalam mempermudahkan perjumpaan pada petang ini.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang perjumpaan.
STRIVE TO SUCCESS 2017
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
16hb September 2017(Sabtu)
Alhamdulillah dgn izin Allah,pada hari ini program "Strive to success" (kelolaan akademik, HEP dan kaunseling SMK) telah berjaya diungkayahkan.
Program dimulakan pada jam 10.30 dengan bacaan Alfatihah dan seterusnya diambil alih oleh cg AG dalam menerangkan kepada pelajar tentang TLT dan menunjukkan penempatan pelajar (samaada dalam kumpulan hijau, kuning atau merah).
Kemudian sedikit kata alu-aluan di sampaikan oleh Timbalan Pengetua Akademik Cg Norahtina dan seterusnya penyerahan slip keputusan peperiksaan yang lalu kepada para pelajar dalam format sijil O level. Para pelajar kemudian diberi masa untul refleksi diri dan dikelolakan oleh saya selaku kaunselor.
Program seterusnya diteruskan dengan pembahagian kumpulan, iaitu kumpulan hijau bergerak ke bilik tingkat atas dewan manakala para pelajar yang berada dalam kumpulan kuning dan merah tidak perlu berganjak.
Sedikit cetusan minda dan motivasi diri diteruskan oleh saya dan seterusnya disambung oleh mahasiswi praktikum kaunseling iaitu Nor Amalina Aqilah dengan penyampaian bertajuk gagal atau berjayakah aku.
Program diteruskan lagi dengan menunjukkan kepada para pelajar beberapa orang pelajar yang beriltizam yang terdahulu. Pelajar beriltizam di sini bermaksud para pelajsr pada tahun lepas yang telah berjaya melepaskan diri dari zon merah/kuning dan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan O level,selepas program sebegini dijalankan, Alhamdulillah.
Kaunselor menerangkan bahawa keyakinan yang tinggi dan usaha yang berterusan pasti akan dapat membuahkan hasil dengan izin Allah jua. Masih belum terlambat untuk mereka mengubah nasib mereka walau hanya lebih kurang 2 minggu saja lagi peperiksaan O Level akan bermula. Beberapa tips dikongsikan sebagai pecutan akhir dan program kemudiannya diteruskan dengan prediksi para pelajar dalam keputusan O level yang akan datang. Mereka diminta untuk menulis prediksi masing-masing dalam kertas yabg diedarkan.
Kemudian, para pelajar dalam kumpulan hijau berkumpul semula bersama dengan kumpulan merah dan kuning bagi penyampaian sijil apresiasi dna motivasi yang disampaikan oleh Pengetua SM Katok, yang mulia Cg Penroose Saleha. Berikut adalah beberapa keping gambar semasa program.

PERTANDINGAN KUMPULAN BERTINDAK (A'TEAM) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SENEGARA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
22hb Julai 2017(Sabtu)
Alhamdulillah, satu sejarah indah terlakar buat pasukan Ateam Sekolah Menengah Katok yang akhirnya muncul menjadi juara bagi pertandingan yang dianjurkan oleh pihak UKK. Atas kurnia dan izin Allah maka penat lelah selama ini telah dibalas dengan kejayaan yang julung-julung kalinya bagi pasukan ateam SMK.
Seramai lebih kurang 38 buah sekolah yang berentap pada peringkat awal dan saringan pada November 2016 yang lalu dan hanya 7 buah sekolah saja yang masuk ke peringkat Akhir. Pasukan-pasukan yang layak tersebut ialah SM KATOK, SUAMPRIPAD, SUAMPHRIPAS, SM PAP MASNAH, MAKTAB ANTHONY ABELL dan MAKTAB SOASC.
Alhamdulillah, SM Katok mendapat tempat pertama, SUAMPRIPAD mendapat tempat kedua dan SMPAPMASNAH mendapat tempat ketiga.
Tahniah ke atas kelima-lima pelajar yang berlatih bersungguh-sungguh walau pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang. Dengan izin Allah maka setiap dugaan itu dapat diharungi. Berkat doa dan usaha kini mereka menikmati kejayaan setelah hampir 2 tahun berpenat lelah.
Terima kasih juga diucapkan kepada warga SMK terutama bahagian kaunseling dan kerjaya SMK, pentadbiran, akademik dan kesemua yang turut menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan ini,terutama sekali di atas doa-doa yang tidak putus-putus. Berikut disertakan beberapa keping gambar yang diambil pada hari ini.

Membaca doa sebelum bertanding |
PROGRAM HALATUJU SM KATOK 2016
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
10hb Julai 2017(Isnin)
Alhamdulillah, satu lagi program telah selesai dilaksanakan iaitu Program Halatuju selepas peperiksaan 'O'Level. Program bermula seawal 7 pagi dengan kehadiran para pelajar dan juga agensi-agensi yang terlibat. jam 8 pagi bacaaan doa di bacakan oleh Ustaz Azani dan kemudian ucapan alu-aluan serta perasmian pameran halatuju di lancarkan oleh Pengetua SM Katok, Dyg Penroose Saleha. Seterusnya tayangan video dan diikuti dengan Pengetua, Timbalan-timbalan pengetua, guru-guru, para jemputan (ibu-bapa) dan pelajar menyaksikan pameran yang telah disediakan oleh para agensi. antara agensi yang terlibat dalam pameran dan taklimat adalah dari Pasukan Angkatan Bersenjata di Raja Brunei, Micronet, Pusat Pergigian, Study in Australia, Livewire Brunei, KIGS dan yang lainnya.
Selepas menyaksikan pameran, para pelajar beredar ke tempat taklimat masing-masing mengikut kumpulan yang telahpun di aturkan sedari awal, iaitu kumpulan merah di dewan, kuning di LT2 dan hijau di LC. Taklimat berlangsung sehingga jam 10.20 pagi dan kemudiannya rehat sehingga 10,50 pagi.
Taklimat diteruskan selepas jam 10.50 pagi dan kali ini kumpulan kuning bercampur dengan kumpulan merah di dewan memandangkan ada beberapa agensi yang tidak dapat hadir di saat akhir. Alhamdulillah, dengan izin Allah akhirnya program ini berjaya dilaksanakan, hasil kerjasama warga SM Katok. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang program berlangsung.

Subscribe to:
Posts (Atom)