SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

BIMBINGAN KELOMPOK 'O' LEVEL SM PAPMASNA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, pada 26hb Januari 2017 (kelmarin) Bimbingan Kelompok bagi pelajar-pelajar SMPAPMASNA telahpun selesai dilaksanakan. Seramai lebih kurang 205 orang pelajar2 tahun 11 dan 17 orang kaunselor terlibat dalam Program ini.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Yg Mulia Cg Ahmad Shahrin, dan diikuti dengan ucapan ringkas Pengetua PAPMASNA iaitu Yg Mulia Cg Norwen. Program kemudian diteruskan dengan taklimat dari kaunselor PAPMASNA iaitu Yg Mulia Cg Kamariah dan seterusnya bergambar ramai dilobi sekolah.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang telah diambil. Kredit kepada kaunselor2 terutama cg Hanisah, kaunselor SMJA yang telah mengongsikan gambar2 pada hari tersebut.






GCE 'O' LEVEL COUNTDOWN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, kalendar GCE 'O'Level countdown telahpun di'upload'untuk panduan pelajar-pelajar tahun 11 agar dapat menyediakan diri ke arah Peperiksaan tersebut.


countdown
Kalendar countdown tersebut bolehlah di download melalui ruangan muat turun atau terus saja klik di sini💟 Semoga bermanfaat.

MAJLIS ORIENTASI TAHUN 7 2017


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Majlis orientasi pelajar-pelajar tahun 7 melibatkan ahli Ateam dan juga PRS dalam aktiviti-aktiviti yang telahpun disediakan oleh pihak sekolah. Seramai lebih kurang 92 pelajar lelaki dan 91 pelajar perempuan tahun 7 termasuk ibu bapa/penjaga mereka hadir dalam majlis orientasi.

Unit kaunseling juga mengambil kesempatan untuk memberikan taklimat perkhidmatan kaunseling secara online kepada ibubapa/penjaga pelajar-pelajar sekaligus kepada pelajar-pelajar itu sendiri, iaitu cara untuk mendapatkan temujanji, membuat rujukan dan sebagainya. Taklimat Program A.I.M juga disampaikan oleh ahli-ahli Ateam untuk mendedahkan program tersebut kepada Ibubapa/penjaga dan pelajar-pelajar.

Ahli PRS juga bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran majlis tersebut, tugas-tugas mereka seperti mengawas pelajar, membantu guru-guru yang terlibat, mengagih-agihkan beberapa borang dan brosur-brosur yang berkaitan dengan majlis serta taklimat pada hari berkenaan. Ahli PRS juga membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang orientasi pada 5hb dan 7hb Januari yang telah lalu.







Ucapan dari Pengetua


Ahli PRS yang bertugas pada 5hb



Brosur unit kaunseling yang diedarkan

A'team students








Taklimat Program AIM




















bertugas pada 7hb

PRS selepas bertugas