SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

MAJLIS ORIENTASI TAHUN 7 2017


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Majlis orientasi pelajar-pelajar tahun 7 melibatkan ahli Ateam dan juga PRS dalam aktiviti-aktiviti yang telahpun disediakan oleh pihak sekolah. Seramai lebih kurang 92 pelajar lelaki dan 91 pelajar perempuan tahun 7 termasuk ibu bapa/penjaga mereka hadir dalam majlis orientasi.

Unit kaunseling juga mengambil kesempatan untuk memberikan taklimat perkhidmatan kaunseling secara online kepada ibubapa/penjaga pelajar-pelajar sekaligus kepada pelajar-pelajar itu sendiri, iaitu cara untuk mendapatkan temujanji, membuat rujukan dan sebagainya. Taklimat Program A.I.M juga disampaikan oleh ahli-ahli Ateam untuk mendedahkan program tersebut kepada Ibubapa/penjaga dan pelajar-pelajar.

Ahli PRS juga bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran majlis tersebut, tugas-tugas mereka seperti mengawas pelajar, membantu guru-guru yang terlibat, mengagih-agihkan beberapa borang dan brosur-brosur yang berkaitan dengan majlis serta taklimat pada hari berkenaan. Ahli PRS juga membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang orientasi pada 5hb dan 7hb Januari yang telah lalu.







Ucapan dari Pengetua


Ahli PRS yang bertugas pada 5hb



Brosur unit kaunseling yang diedarkan

A'team students








Taklimat Program AIM




















bertugas pada 7hb

PRS selepas bertugas