SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

BIMBINGAN KELOMPOK 'O' LEVEL SM PAPMASNA


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, pada 26hb Januari 2017 (kelmarin) Bimbingan Kelompok bagi pelajar-pelajar SMPAPMASNA telahpun selesai dilaksanakan. Seramai lebih kurang 205 orang pelajar2 tahun 11 dan 17 orang kaunselor terlibat dalam Program ini.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Yg Mulia Cg Ahmad Shahrin, dan diikuti dengan ucapan ringkas Pengetua PAPMASNA iaitu Yg Mulia Cg Norwen. Program kemudian diteruskan dengan taklimat dari kaunselor PAPMASNA iaitu Yg Mulia Cg Kamariah dan seterusnya bergambar ramai dilobi sekolah.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang telah diambil. Kredit kepada kaunselor2 terutama cg Hanisah, kaunselor SMJA yang telah mengongsikan gambar2 pada hari tersebut.