SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

TAKLIMAT TUGAS DAN PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SMK 2017/2018

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah, tadi pagi telah selesai taklimat untuk ahli-ahli PRS yang baru iaitu bagi sesi 2017/2018. seramai lebih kurang 50 orang pelajar telah menghadiri taklimat tersebut, termasuk ahli PRS yang akan menamatkan perkhidmatan mereka tidak lama lagi kerana sudah berada dalam tahun 11 pada tahun ini.

Taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua PRS 2016/2018 iaitu Mohd Al-Amin Bin Abdullah dan kemudiannya dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari saya sendiri selaku kaunselor SM Katok. Kemudian, taklimat diteruskan dengan penerangan tugas serta tanggungjawab PRS selaku pembimbing bagi rakan-rakan mereka di SMK. Antara tugas dan tanggungjawab mereka ialah memastikan yang mereka sentiasa mematuhi disiplin sekolah agar dapat dijadikan sebagai contoh kepada rakan sebaya yang lain, sebagai penghubung antara rakan dan kaunselor, membantu rakan yang bermasalah, membantu sebarang aktiviti yang diselenggarakan oleh pihak sekolah khasnya unit kaunseling dan bermacam-macam lagi.

Etika PRS juga disentuh seperti amanah, menjaga kerahsiaan, memberikan bantuan secara jujur dan sebagainya.


Mereka juga dimaklumkan tentang majlis perlantikan dan pembubaran PRS yanga akan diadakan tidak lama lagi sebelum mereka mendengar ucapan dan pesanan dari bakal bekas ketua, penolong dan setiausaha.

Berikut adalah gambar sepanjang taklimat tersebut. kredit diberikan kepada mahasiswi Praktikum Dyg Nur Amalina Aqilah kerana mengambilkan gambar-gambar di bawah ini. 
sebahagian dari PRS perempuan





sedikit perkongsian dari Airul


Perkongsian dan pesanan dari penolong ketua PRS 2016/2017  dyg Shayerra Natasya






sebahagian dari PRS lelaki

kongsisama dan pesanan dari Mohd Al-Amin, ketua PRS 2016/2017