SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

MAJLIS PERLANTIKAN DAN PEMBUBARAN PREFEK&PRS BAGI TAHUN 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, tadi majlis perlantikan dan pembubaran prefek serta PRS bagi sesi 2017/1438 telahpun selesai dilaksanakan. Acara dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Azani dan seterusnya ucapan alu-aluan di sampaikan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, Cg Hjh Siti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil pembubaran kepada Prefek dan PRS sesi 2016/1437. Kemudian, disusuli oleh penyampaian surat lantikan kepada PRS dan prefek bagi sesi 2017. Selepas penyampaian sijil dan surat, bacaan Ikrar prefek dibacakan dan yang terakhir, bergambar ramai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada PRS dan Prefek yang menerima surat lantikan mereka pada hari ini. semoga akan terus bekerjasama untuk menyumbang ke arah keberkesanan dalam aspek disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar SM Katok. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada PRS dan Prefek yang menerima sijil bagi menandakan bahawa perkhidmatan mereka telahpun tamat, terima kasih di atas penat lelah dan jasa baik para pelajar dalam memastikan bahawa SM Katok sentiasa di dalam keadaan yang baik dan terkawal. di harap nilai-nilai murni dan positif yang sudah tertanam dan sebati dalam diri akan tetap tersemat rapi dan dipraktikkan pada hari-hari mendatang. Tamatnya perkhidmatan tidak bererti berakhirnya perjuangan kamu selaku pelajar SMK dalam sama-sama membantu Pihak Sekolah untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam sama-sama menjayakan majlis ini.

Gambar bagi majlis ini akan diupload kemudian. InsyaAllah.