SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

HALATUJU SELEPAS MENDAPAT KEPUTUSAN GCE 'O'LEVEL

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kelmarin keputusan GCE 'O' Level telahpun dikeluarkan dan setentunya ramai ibubapa/penjaga dan bekas pelajar telahpun maklum tentang keputusan anak masing-masing.

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah lulus dan jangan berputus asa kepada yang kurang bernasib baik. di bawah ini cikgu sertakan pautan/link sebagai panduan untuk kamu dan juga ibubapa/penjaga kamu dalam memilih hala tuju kamu selepas ini.

Akhirkata, sekali lagi cikgu ingin ucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan kamu.

Sila copy dan layari link di bawah ini;

http://teachmeguru.org/hala-tuju-olevel/

Nota : Link ini juga sangat berguna kepada para pelajar tahun 10XP dan 11 tahun ini kerana ada ruangan 'resources' yang membekalkan banyak bahan untuk ulangkaji kamu seperti kertas peperiksaan yang lalu dan juga kertas ulangkaji mengikut subjek-subjek.  Ada banyak kertas-kertas ulangkaji yang dapat di 'download'/muat turun melalui laman tersebut.

Berikut adalah beberapa screenshot yang cikgu ambil dari lamanyang dinyatakan tadi.