SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

BENGKEL IBUBAPA PRIHATIN MENJANA KE ARAH KEJAYAAN ANAK-ANAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

30hb April 2018 (Isnin)

Alhamdulillah, pada hari ini di adakan bengkel ibubapa prihatin untuk ibubapa/penjaga sekolah-sekolah rendah dan menengah Kluster 1 & 2 bertempat di SM Menglait dari jam 2 hingga 4.30 petang. Sebanyak 3 tempat berasingan digunakan di SM Menglait bagi mengungkayahkan bengkel ini dan lebih kurang 21 orang kaunselor bekerjasama dalam menjayakannya. Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil d Blok Kasih SM Menglait.















PERJUMPAAN KOMITI KAUNSELING DAN KERJAYA SM KATOK 2018


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

25hb April 2018 (Rabu)

Alhamdulillah, walau agak terlewat dari tarikh yang dirancang, namun akhirnya perjumpaan pertama komiti kaunseling dan kerjaya SMK selesai dijalankan. Perjumpaan bermula jam 2petang dan berakhir kira-kira 3.40 petang. Seramai 16 orang komiti iaitu Cg Siti Hawa, Cg Diana, Cg Masilah, Cg Hjh Roshimah, Cg Dk Hjh Rahmah, Cg Dk Syatirah, Cg Is'sardi, Cg Kelvin, Cg Noriadah, Cg Zizi, Cg Dk Kamaliah dan Cg Suriyanti termasuk Pengetua dan Timbalan Pengetua Akademik hadir dalam perjumpaan ini. Komiti lain yang tidak dapat hadir iaitu Cg Siti Nur Khadijah terlibat dengan kursus bimbingan, manakala Cg Massita sedang cuti bersalin dan yang terakhir Cg Pang Chia Chi.

Perjumpaan dimulakan dengan bacan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Cg Is'sardi dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari Puan Pengetua, Dyg Penroose Saleha.  Perjumpaan diteruskan dengan perkongsian agenda iaitu perkongsian rancangan dan program kaunseling, pencerahan tugas komiti, perkongsian dari guru kerjaya cg Siti Hawa, slaid Video kompilasi aktiviti kaunseling dan kerjaya dari Januari hingga April 2018 dan diakhiri dengan bacaan Wal'Asr yang sekali lagi diketuai oleh Cg Is'sardi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli komiti yang telah meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan pertama ini. Semoga bermanfaat dan memberikan garispandu yang jelas tentang komitmen masing-masing dalam menjayakan aktiviti dan program kan datang, terutama Kursu Lanjutan pada Selasa depan. 













PROGRAM MOTIVASI BERHENTI MEROKOK


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

21hb April 2018 (Sabtu)

Alhamdulillah, berjalan lagi salah satu perisian program anti tembakau, kolaborasi antara HEP dan Kaunseling SMK. Pelajar-pelajar sasaran yang dikenalpasti sering melanggar disiplin sekolah dalam penggunaan tembakau iaitu merokok telah dipanggil untuk menghadiri motivasi pada hari ini.

Program dimulakan dengan bacaan Al Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Azani. Kemudian, sedikit ucapan dari Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar iaitu Cg Khatijah.

Program diteruskan dengan pengagihan borang kajiselidik Fagerstrom yang diagih-agihkan oleh mahasiswi Praktikum iaitu Siti Ja'ariah kepada kesemua pelajar sasaran. Kaunselor kemudiannya menerangkan cara menjawab soalan tersebut dengan membacakan soalan satu persatu sambil menerangkan maksud soalan. Para pelajar sasaran kemudian diminta untuk mengira hasil skor mereka. Borang tersebut dikutip semula oleh Siti Ja'ariah.

Seterusnya, slide motivasi yang mengandungi Pengenalan, kesan merokok, kesan perokok pasif, keburukan rokok dan faedah berhenti merokok di sampaikan. 

Seterusnya kaunselor mengagihkan risalah yang mengandungi nombor telefon pusat-pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok kepada pelajar-pelajar sasaran. Program di akhiri dengan kongsisama dari Ustaz Azani dan cg Norhaini sebelum bacaan Wal'asr. 

Alhamdulillah, program memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit iaitu dari 8.30am hingga jam 9.45am.

Semoga program ini bermanfaat untuk para pelajar. Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil, dan diharap maklum bahawa gambar pelajar tidak disertakan bagi menjaga sensitiviti. 









BANDARKU CERIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

08hb April 2018 (Ahad)

Pada hari ini warga SMK mengikuti jualan sempena bandarku ceria. Seawal jam 5.15 pagi guru-guru berkumpul dan beberapa orang pelajar yang ikut serta jualan. Acara bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir kira-kira 11.30 pagi. Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang acara tersebut.




















MAJLIS PENGANUGERAHAN GRADUASI SMK BEST 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

07hb April 2018 (Sabtu)

Alhamdulillah, majlis graduasi bagi para,pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan 'O' level  yang membanggakan pada 2017 yang lalu telahpun diadakan pada hari ini. Ada 5 kriteria anugerah yang diberikan. Syabas diucapkan kepada para penerima. 

Aturcara dan gambar majlis adalah seperti yang dilampirkan berikut;