SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PERJUMPAAN KOMITI KAUNSELING DAN KERJAYA SM KATOK 2018


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

25hb April 2018 (Rabu)

Alhamdulillah, walau agak terlewat dari tarikh yang dirancang, namun akhirnya perjumpaan pertama komiti kaunseling dan kerjaya SMK selesai dijalankan. Perjumpaan bermula jam 2petang dan berakhir kira-kira 3.40 petang. Seramai 16 orang komiti iaitu Cg Siti Hawa, Cg Diana, Cg Masilah, Cg Hjh Roshimah, Cg Dk Hjh Rahmah, Cg Dk Syatirah, Cg Is'sardi, Cg Kelvin, Cg Noriadah, Cg Zizi, Cg Dk Kamaliah dan Cg Suriyanti termasuk Pengetua dan Timbalan Pengetua Akademik hadir dalam perjumpaan ini. Komiti lain yang tidak dapat hadir iaitu Cg Siti Nur Khadijah terlibat dengan kursus bimbingan, manakala Cg Massita sedang cuti bersalin dan yang terakhir Cg Pang Chia Chi.

Perjumpaan dimulakan dengan bacan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Cg Is'sardi dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari Puan Pengetua, Dyg Penroose Saleha.  Perjumpaan diteruskan dengan perkongsian agenda iaitu perkongsian rancangan dan program kaunseling, pencerahan tugas komiti, perkongsian dari guru kerjaya cg Siti Hawa, slaid Video kompilasi aktiviti kaunseling dan kerjaya dari Januari hingga April 2018 dan diakhiri dengan bacaan Wal'Asr yang sekali lagi diketuai oleh Cg Is'sardi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ahli komiti yang telah meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan pertama ini. Semoga bermanfaat dan memberikan garispandu yang jelas tentang komitmen masing-masing dalam menjayakan aktiviti dan program kan datang, terutama Kursu Lanjutan pada Selasa depan.