SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PROGRAM MOTIVASI BERHENTI MEROKOK


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

21hb April 2018 (Sabtu)

Alhamdulillah, berjalan lagi salah satu perisian program anti tembakau, kolaborasi antara HEP dan Kaunseling SMK. Pelajar-pelajar sasaran yang dikenalpasti sering melanggar disiplin sekolah dalam penggunaan tembakau iaitu merokok telah dipanggil untuk menghadiri motivasi pada hari ini.

Program dimulakan dengan bacaan Al Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Azani. Kemudian, sedikit ucapan dari Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar iaitu Cg Khatijah.

Program diteruskan dengan pengagihan borang kajiselidik Fagerstrom yang diagih-agihkan oleh mahasiswi Praktikum iaitu Siti Ja'ariah kepada kesemua pelajar sasaran. Kaunselor kemudiannya menerangkan cara menjawab soalan tersebut dengan membacakan soalan satu persatu sambil menerangkan maksud soalan. Para pelajar sasaran kemudian diminta untuk mengira hasil skor mereka. Borang tersebut dikutip semula oleh Siti Ja'ariah.

Seterusnya, slide motivasi yang mengandungi Pengenalan, kesan merokok, kesan perokok pasif, keburukan rokok dan faedah berhenti merokok di sampaikan. 

Seterusnya kaunselor mengagihkan risalah yang mengandungi nombor telefon pusat-pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok kepada pelajar-pelajar sasaran. Program di akhiri dengan kongsisama dari Ustaz Azani dan cg Norhaini sebelum bacaan Wal'asr. 

Alhamdulillah, program memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit iaitu dari 8.30am hingga jam 9.45am.

Semoga program ini bermanfaat untuk para pelajar. Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil, dan diharap maklum bahawa gambar pelajar tidak disertakan bagi menjaga sensitiviti.