بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
19hb Julai 2018 (Khamis)
Alhamdulillah, selesai program CASUAL Day SM Katok. Objektif program ini adalah sebagaimana berikut;
1. Memberikan penerangan mengenai kepentingan subjek-subjek 'Preject-Based' dan juga projek/kerja yang perlu dihantar oleh para pelajar.
2. Memberi peluang kepada para ibubapa/penjaga para pelajar untuk menyaksikan hasil projek anak-anak mereka melalui pameran-pameran yang disediakan.
3. Memberi peluang kepada para ibubapa/penjaga para pelajar untuk menyaksikan sesi pembelajaran dalam kelas/makmal sains/padang sekolah.
4. Sebagai medium interaksi ibubapa/penjaga dengan guru-guru subjek.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang program tersebut.