SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PROGRAM HALATUJU BAGI PELAJAR-PELAJAR SMK 2018


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


03hb Julai 2018(Selasa)

Alhamdulillah, satu lagi program telah selesai dilaksanakan iaitu Program Halatuju selepas peperiksaan 'O'Level. Program bermula seawal 7 pagi dengan kehadiran para pelajar dan juga agensi-agensi yang terlibat. Jam 8.15 pagi bacaaan doa di bacakan oleh Awg Mohd Wafi Bin Abdul Malik dari tahun 11S1 dan kemudian ucapan alu-aluan serta perasmian pameran halatuju di lancarkan oleh Pengetua SM Katok, Dyg Penroose Saleha. Seterusnya tayangan video dan diikuti dengan Pengetua, tetamu kehormat iaitu Pg Hashim Bin Pg Hj Abdullah, Timbalan-timbalan pengetua, guru-guru, para jemputan (ibu-bapa) dan pelajar menyaksikan pameran yang telah disediakan oleh para agensi.  Antara agensi yang terlibat dalam pameran dan taklimat adalah dari Pasukan Polis di Raja Brunei, Jabatan pertanian dan agrimakanan, Micronet, Pusat Pergigian, HRD services, Livewire Brunei, KIGS dan yang lainnya.

Selepas menyaksikan pameran, para pelajar beredar ke tempat taklimat masing-masing mengikut kumpulan yang telahpun di aturkan sedari awal, iaitu kumpulan merah di dewan, kuning di LT2 dan hijau di LC. Berikut adalah aturcara halatuju;




Berikut pula gambar-gambar yang diambil sepanjang programtermasuk taklimat yang dijalankan di 3 venues secara serentak. 



Juruacara di MPH, Wani dan Suma


Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu sekolah
Dari kiri: Yang Mulia Dyg Siti Hajar, Timb Pengetua Akademik Cg Norahtina,
Timb Pengetua Pentadbiran Cg Hjh Siti, Cg Suzanah dan Cg Azymah 
Bacaan diketuai oleh Awg Mohd Wafi
Ucapan alu-aluan Puan Pengetua SMK
Dari kiri: Yang Mulia Awg Hj Khairul Izam,
Yang Mulia Pg Hamiosmera dan Tetamu Kehormat, Yang Mulia Pg Hashim
Acara diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para agensi dan institusi yang mengadakan pameran, yang disampaikan oleh tetamu kehormat. Sebahagian dari gambar penyampaian sijil adalah seperti berikut;





Seterusnya, para pelajar diberikan kesempatan untuk menyaksikan pameran dan kemudian beredar ke tempat taklimat masing-masing. 

Mendengar taklimat di MPH



Dari Micronet


Menyampaikan sijil penghargaan

Di Learning centre

Sebahagian dari guru yang bertugas













Juruacara di LT2 : Mira dan Bazilah





Juruacara di LC- Khairul Ikhwan dan Wafi
 
taklimat dari livewire


























Antara pelajar yang menyaksikan pameran