SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PAMERAN FINDLAY INTERNATIONAL STUDY FAIR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
21hb Ogos 2018 (Selasa)

Alhamdulillah, berpeluang membawa lebih kurang 21 orang pelajar bersama 5 orang guru pengawas untuk menyaksikan pameran hari terbuka akademik iaitu Findlay International Study Fair bertempat di Songket Ballroom, tingkat 4 Hotel Rizqun, Gadong.

Tujuan lawatan ini di antaranya ialah untuk;
1. Memberi maklumat terkini mengenai syarat-syarat kemasukan ke Universiti dan Kolej di UK, Australia,New Zealand, USA, Mlaysia dan Singapura.
2. Mendedahkan maklumat modul yang ditawarkan serta syarat-syarat berkaitan dengan kombinasi modul.
3. Sebagai halatuju agar pelajar dapat membuat persiapan dalam merancang masa depan masing-masing
4. Penyuntik semangat dan motivasi agar pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita masing-masing.

Rombongan bertolak ke Rizqun kira-kira jam 1.45 petang dan lawatan berakhir kira-kira 4.15 petang. Diharapkan semoga para pelajar akan beroleh manfaat dari lawatan ini. 

Berikut adalah sebahagian gambar lawatan yang sempat di ambil;

Bergerak ke Rizqun, dua orang guru pengawas di dalam bas, Cg Kelvin dan Cg Azie.
 

Mendaftar sebelum menyaksikan pameran