بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
25hb Ogos 2018 (Sabtu)
Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk membuat lawatan ke expo YES2MALAYSIA, study in Malaysia Education Exhibition bertempat di Tingkat 8 Ballroom, Mulia Hotel Anggerek Desa. Seramai 23 orang pelajar PRS dan 7 orang guru pengawas menyertai lawatan tersebut.
Bas bertolak kira-kira jam 1.50 petang dan para pelajar di awasi oleh Cg Azie dan mahasiswi praktikum, Siti Ja'ariyah manakala 5 orang guru pengawas yang lain menggunakan kenderaan masing-masing.
Lawatan dimulakan dengan bergambar ramai kemudian pendaftaran di tingkat 8 sebelum menyaksikan pameran. Ada banyak tawaran dan universiti dari Malaysia yang terlibat dalam expo ini dan bertepatan dengan tujuan lawatan iaitu, di antaranya untuk;
1. Memberi maklumat terkini tentang universiti-universiti di Malaysia termasuk modul-modul, kursus, syarat-syarat kemasukan dan yuran pengajian.
2. Membekalkan persediaan sebagai halatuju pelajar.
3. Meningkatklan motivasi dan minat pelajar dalam menuju bidang-bidang yang diinginkan.
Alhamdulillah, lawatan berakhir kira-kira jam 4 petang dan semoga para pelajar beroleh manfaat dari lawatan ini. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat di ambil sepanjang lawatan berlangsung.