SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

ORIENTASI TAHUN 7 2019

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
03hb Januari 2019 (Khamis)

Hari ini merupakan hari kemasukan para pelajar tahun 7 bagi tahun 2019 dan majlis orientasi. Ibubapa dan para pelajar tahun 7 hadir dan berkumpul di dewan bagi majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Alfatihah dan doa pelajar yang diketuai oleh Ketua Prefek SM Katok iaitu Awg Mohd Shahmirul Syafi'e Bin Md Saifulrigal dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Puan Pengetua SM Katok iaitu Cg Penroose Saleha Bt Hj Mohd Salleh. Seterusnya taklimat ringkas tentang home reading disampaikan oleh cikgu Nabilah dan disusuli dengan taklimat bertajuk Parenting yang di sampaikan oleh Pengerusi PIBG tertinggi iaitu yang mulia Awg Hj Abd Rahman Bin Hj Nawi. 

Majlis diteruskan dengan taklimat Miftahun Najaah dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang disampaikan oleh guru kanan HEP iaitu Cg Khatijah. Majlis diteruskan dengan penandatangan Akta Pendidikan Wajib dan larangan membawa telefon bimbit ke sekolah dan seterusnya bersurai.

Selepas rehat, para pelajar tahun 7 mengikuti aktiviti ice breaking di dewan yang diketuai oleh saya sendiri selaku kaunselor sekolah iaitu cg Azie dengan bantuan pelajar-pelajar PRS tahun 10 dan 11. Seramai lebih kurang 31 orang pelajar PRS yang ikut serta membuat aktiviti icebreaking berkenaan. sebanyak dua aktiviti dijalankan dan seterusnya diambil alih oleh Cg Julyanah dari bahagian pendaftaran untuk memberikan sedikit taklimat berkenaan kehadiran dan sebagainya dan kemudiannya diteruskan dengan taklimatd ari HEP sekali lagi.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang majlis oreintasi pada hari ini. kredit diberikan kepada Cg A.G atas gambar-gambar yang diambil.

Sebelum itu, diharapkan semoga para pelajar tahun 7 akan bersemangat dan bermotivasi tinggi dalam menempuhi alam persekolahan dengan suasana yang baru pada tahun ini.