اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
26hb Januari 2019 (Sabtu)
Alhamdulillah, pada pagi ini ujian riasec berjaya dilaksanakan untuk pelaajr-pelajar tahun 8 (lebih kurang 177 orang), tahun 10xp dan 11 (lebih kurang 218 orang pelajar).
Ujian dijalankan dilecture theatre dan diadakan sebanyak 2 slot, iaitu slot 1 jam 8-9.40am untuk para pelajar tahun 8, manakala slot 2 iaitu 10-11.30 untuk para pelajar tahun 10xp dan juga 11.
Aktiviti dimulakan dengan bacaan AlFatihah oleh wakil pelajar dan kemudiannya sedikit taklimat dari cg Azie, kemudian disambung oleh cg Hawa. Guru-guru subjek hadir membantu untuk mengawas para pelajar dan juga mengagih-agihkan borang riasec.
para pelajar diberikan lebih kurang 15 minit untuk menjawab ujian berkenaan, kemudian setelah medapatkan jumlah riasec, para pelajar dibimbing dalam memahami apakah setiap makna, ciri-ciri dan pekerjaan sesuai bagi setiap perkataan singkatan dari RIASEC berkenaan.
Para pelajar juga diingatikan bahawa ujian ini hanyalah sebagai garispandu dan bukanlah semestinya 100% tepat. Ujian ini bertujuan untuk mendedahkan enam jenis persekitaran pekerjaan yang dapat membantu para pelajar untuk peka tentang minat dan halatuju masing-masing. sekaligus akan dapat membantu mereka membuat keputusan dalam memilih mata pelajaran yang sesuai dengan minat kerjaya mereka.
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut dijalankan.
Tahun 8 (8-9.40am)
Tahun 11 (10-11.30 am)