اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
20hb April 2019 (Sabtu)
Alhamdulillah, program seterusnya berjaya dilaksanakan dan tahun ini kolaborasi kaunseling dan HEP masih diteruskan. Program dimulakan dengan bacaan Alfatihah yang diketuai oleh wakil pelajar dan seterusnya ucapan dari Guru Kanan HEP Cg Khatijah sebelum menyerahkan kepada saya untu membuat icebreaking (stesen omega) dan seterusnya sesi motivasi. Beberapa isu semasa turut dikongsikan bagi membuka mata dan minda pelajar.
Program diteruskan lagi dari taklimat oleh cg Khatijah. Berikut beberapa gambar sepanjang program berkenaan dijalankan.
Antara lain objektif program ini diadakan adalah untuk memotivasikan para pelajar bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka khasnya dalam pencapaian 'O'level mereka. selain dari itu program ini berhasrat untuk mendedahkan strategi persiapan peperiksaan dari segi fizikal dan mental sekaligus memberikan pendedahan tentang kepentingan membuat perancangan dan supaya tidak berputus asa.