SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

HARI KEBANGSAAN NBD KE 33





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم






















BIMBINGAN KELOMPOK 'O' LEVEL MAKTAB SOAS




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

18hb Februari 2017 (Sabtu) 


Alhamdulillah, selesai lagi salah satu program anjuran bersama UKK dan sekolah-sekolah/maktab senegara. kali ini giliran menjalankan aktiviti bimbingan kelompok 'O' level (BKOL) di maktab soasc pula. berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil oleh kaunselor soasc sepanjang program tersebut yang bermula dari 7.30-12.30 t/hari.

Antara pelajar di bawah bimbingan saya
lagi sebahagian dari pelajar di bawah bimbingan saya

Senarai nama pelajar di bawah bimbingan saya

Gambar ramai















Alhamdulillah dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Maktab SOAS yang sudi menjemput saya dan tahniah di ucapkan kerana telah berjaya mengungkayahkannya dengan baik. 

AKTIVITI DI ASRAMA MAKTAB DULI




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

17hb Februari 2017 (Juma'at) 2.15-4.30pm

Alhamdulillah, pada petang juma'at ini aktiviti untuk pelajar-pelajar tahun 6 di asrama Maktab Duli, Gadong telah selesai dilaksanakan hasil kerjasama dari UKK dan kaunselor-kaunselor kluster 1. Kaunselor-kaunselor yang bertugas pada hari ini ialah Saya sendiri, Cg Heimelia dan SOASC dan Cg Hjh Mal Hafiza dari SM Menglait, manakala pegawai UKK yang membantu kami ialah cg Hjh Psah Hj Ahmad.

Antara aktiviti yang dijalankan pada petang tersebut ialah senam robik, energizer, Bingo, pisang goreng dan musical chair. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil oleh cg hjh Pasah sepanjang aktiviti dijalankan.  











MOTIVASI UNTUK PELAJAR UPGRADERS DAN IBUBAPA 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

16hb Februari 2017 (Khamis)

Alhamdulillah, hari ini telah selesai majlis orientasi bagi pelajar-pelajar Upgraders dan ibubapa/penjaga masing-masing, yang diadakan di LT2, SM Katok antara jam 1.45-4pm.

Tajuk motivasi yang saya sampaikan ialah "Tips bangkit dari kegagalan" dan saya mulakan ceramah dengan aktiviti ice breaking yang melibatkan kesemua para pelajar dan ibubapa. Mereka diminta untuk membuat perahu kertas dengan menggunakan hanya sebelah tangan sahaja (tangan kanan bagi yang kidal, dan kiri bagi yang biasa menggunakan tangan kanan). Mereka diberi masa 90 saat (1 min 30 saat) dan perlu membuatnya secara berpasangan (orang yang duduk disebelah mereka secara otomatis menjadi pasangan mereka). Pelajar-pelajaar PRS membantu mengedarkan peralatan aktiviti dan memastikan bahawa aktiviti dijalankan dengan lancar. Seramai 3 pasangan mampu membuat perahu kertas tersebut dan mereka diberikan hadiah setiap seorang.

Saya menerangkan serba sedikit kaitan aktiviti tersebut dengan apa yang mereka lalui sekarang, apabila ada antara pelajar melahirkan rasa kecewa kerana gagal menyiapkan aktiviti tersebut dalam tempoh yang diberikan dan ramai yang kesal akibat tiada kerjasama, komunikasi yang baik dan sebagainya.

Sebahagian dari ceramah motivasi itu juga ada menyentuh tentang bagaimana para pelajar perlu menerima hakikat dan menjadikan kegagalan itu sebagai satu iktibar dan motivasi untuk mereka terus berusaha dalam meajukan diri masing-masing, kerana sesungguhnya, rezeki itu terletak ditangan Allah, dan Allah akan memberikan kepada sesiapa yang meminta dan berusaha untuk mendapatkannya. Sepertimana terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... artinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .
Berikut adalah beberapa gambar yang diambil oleh Cg Suzanah dan Cg Suryani.

Aturcara majlis orientasi yang disediakan oleh Cg Suzanah

Sebahagian PRS yang bertugas
Ceramah motivasi Tips bangkit dari kegagalan


Para Pelajar dan ibubapa



Taklimat dari bahagian HEP, Cg Norhaini
Diharapkan para pelajar akan terus bermotivasi dalam mengejar kejayaan dan impian mereka. Orang yang berjaya adalah yang menjadikan kegagalannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.