SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

LAWATAN KE PAMERAN CINTA & KENALI RASULULLAH S.A.W

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

15hb Januari 2018(Isnin)\

Alhamdulillah, berpeluang mengadakan lawatan ke pameran cinta & kenali Rasulullah SAW, iaitu pameran yang mempamerkan artifak Rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Pameran ini diadakan di Bilik Sepakat, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC). Rombongan dari Sekolah Menengah Katok (Sejumlah 33 orang-10 orang guru dan kakitangan dan 23 orang pelajar PRS) tiba di ICC jam 2.20pm dan berkesempatan menyaksikan pameran sehingga jam 4pm.

Rata-rata pelajar meluahkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kerana diberikan peluang untuk ikut serta dalam rombongan ini. Semoga lawatan ini akan dapat memberikan manfaat sekaligus mengukuhkan lagi rasa kecintaan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Memang tidak dapat dinafikan ia merupaka peluang keemasan dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apakah perasaan yang dirasakan sepanjang berada dalam billik pameran tersebut. sayu, hiba, rindu dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang diambil sepanjang lawatan kami.

















































LAWATAN KE SEKOLAH SUKAN SEMPENA PAMERAN KERJAYA (OPEN DAY)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

06hb Januari 2018(Sabtu)

Alhamdulillah, pada hari ini pelajar-pelajar tahun 10 yang dipilih dan 3 orang guru pengawas (Cg Azie, Cg Hawa dan Cg Diana) telah menghadiri hari terbuka sekolah sukan. beberapa agensi tempatan telah mengadakan pameran di foyer sekolah sukan dan para pelajar berpeluang mengemukakan beberapa soalan dan kemusykilan di setiap booth agensi pada hari berkenaan. 

Antara Agensi-agensi yang terlibat ialah dari Micronet, Laksmana College, Kejururawatan, ABDB, Polis, Penjara, Bomba dan lain-lain.

Di harap lawatan ini akan memberikan manfaat kepada para pelajar sebagai garispandu untuk mereka.