SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

BIMBINGAN KELOMPOK 'O' LEVEL - KE ARAH PELAJAR TERBILANG

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

03hb Februari 2018(Sabtu)

Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT Program Bimbingan Kelompok O Level (BKOL) sesi pertama telah selesai dijalankan. Sesi pertama ini memfokuskan kepada pelajar-pelajar lelaki tahun 10xp dan 11. Lebih kurang100 orang pelajar lelaki mengikuti program ini yang diadakan di Learning centre, Sekolah Menengah Katok.

Kaunselor menyampaikan beberapa topik penting seperti pembentukan sikap, penghijrahan minda, matlamat O level, Pengurusan Masa dan Pengorbanan indung. Para pelajar diberikan booklet, kalendar countdown o level dan borang feedback program.

InsyaAllah,bkol sesi kedua yang akan melibatkan pelajar perempuan pula bakal di adakan pada 10hb Februari akan datang. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil oleh mahasiswi praktikum,Siti Ja'ariah sepanjang program tersebut.