SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

MOTIVATIONAL TALK FOR UPGRADERS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

05hb Februari 2018 (Sabtu)

Alhamdulillah, ceramah motivasi bagi para pelajar upgraders telahpun dijalankan pada petang ini, bertempat di LT2, Sekolah Menengah Katok. Program orientasi dimulakan dengan bacaan surah AlFatihah yang diketuai oleh bekas PRS iaitu Muhd Haziq Bin Junaidi. Kemudian, diikuti dengan taklimat dari Penolong Guru Kanan Akademik Cg Suzanah dan seterusnya taklimat dari kaunselor yang bertajuk 'Failure is part of success'.











               
                                   
             

Aktiviti 'my promise card' juga dilaksanakan untuk menaikkan lagi motivasi para pelajar di samping menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri mereka kerana mereka lah yang perlu berusaha untuk memeprbaiki kualiti hidup masing-masing dan Allah akan menentukan masa depan mereka mengikut usaha mereka sendiri. Di harap, para pelajar upgraders akan terus berusaha dan berjuang demi masa depan masing-masing dan mereka haruslah ingat bahawa kegagalan itu adalah salah satu dari proses pembelajaran yang perlu dihadapi dengan positif. Di atas adalah beberapa keping gambar yang diambil, terima kasih kepada cg Suzanah dan Cg Kelvin atas gambar-gambar yang disumbangkan.