10hb Februari 2018 (Sabtu)
Alhamdulillah, lengkaplah sudah bimbingan kelompok 'O' Level untuk para pelajar tahun 10xp dan 11 (207 orang pelajar) sebaik saja sesi kedua untuk pelajar perempuan (lebih kurang 97 orang) diungkayahkan pada hari ini.
Motivasi dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan kemudiannya diikuti dengan sesi ice-breaking iaitu 'Brain teaser'. Kemudian para pelajar diberikan kesedaran tentang pentingnya untuk mereka mengetahui dengan jelas matlamat masing-masing (target settings), kenapa matlamat itu perlu dicapai dan apakah usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk mencapainya. Kaunselor juga menyentuh topik-topik yang serupa seperti sesi satu yang sebelumnya iaitu penghijrahan minda dan pembentukan sikap (disampaikan oleh mahasiswi praktikum Siti Ja'ariah), Jadual peribadi dan pengorbanan 'indung'.
Alhamdulillah, para pelajar memberikan maklum balas yang sangat positif dan diharapkan agar program ini akan dapat memberikan manfaat yang berpanjangan untuk mereka. Aamiin. Berikut adalah ebebrapa keping gambar yang diambil sepanjang program.