SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

PERJUMPAAN PERTAMA KOMITI KAUNSELING DAN KERJAYA SMK 2019

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

19hb Februari 2019 (Selasa)

Bersyukur ke hadrat Allah kerana diberikan kesempatan masa untuk mengungkayahkan perjumpaan pertama komiti kaunseling dan kerjaya SMK bagi tahun 2019. Berikut merupakan barisan komiti k&k bagi tahun ini.

Nama Komiti
KAUNSELING
Noor Azimah Binti Sulaiman
Is’sardi Bin Hj Nasar
Siti Nur Khadijah Binti Hj Liman
Hjh Roshimah @ Rozaimah Binti Hj Ibrahim
Masilah Binti Matusin
Norhaidawati Bt Hj Md Yassin
Hjh Kamaliah Binti BPK DP Hj Wahid
KERJAYA
Noor Siti Hawa Binti Hj Muslim
Kelvin Lai Re Jie
Diana Safihenie Binti Hj Mohd Salleh
Dk Hjh Siti Rahmah Bt Pg Hj Mohd Yusof
Suriyanti Binti Hj Suhaimi
Siti Hafizah Binti Abdullah
Sharon Lim Meau Ying
Perjumpaan dimulakan dengan bacaan AlFatihah, diikuti dengan ucapan Puan Pengetua dan seterusnya ke agenda perjumpaan, dan diakhiri dengan bacaan Al'Asr. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa perjumpaan. Tidak semua komiti yang hadir kerana mempunyai komitmen tugas yang lain.
















LAWATAN 'HIGHER EDUCATION EXPO' 2019

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

16hb Februari 2019 (Sabtu)

Alhamdulillah, berpeluang membawa para pelajar tahun 11S1,11S2, 11G1, 11G2, 11A1, 11A2 (yang dipilih) lebih kurang 25 orang untuk menghadiri lawatan tersebut yang bertempat di Dewan Bridex, Jerudong.

Tujuan lawatan ini ialah;

1. Memberi maklumat terkini mengenai syarat-syarat kemasukan ke Universiti dan Kolej di dalam dan luar negeri.
2. Membantu para pelajar untuk membuat persediaan dan pemilihan subjek yang bersesuaian dengan halatuju masing-masing.
3. Memberi informasi tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh pengajian tinggi dalam dan luar negeri.

Bas bertolak dari SM Katok kira-kira jam 1.45 petang dan tiba di Bridex lebih kurang jam 2pm. Para pelajar diberi kelonggaran untuk melawat mana-mana pameran mengikut minat dan halatuju masing-masing. Lebih kurang 58 buah institusi mengambil tempat dalam pameran berkenaan, antaranya UBD, UNISSA, UTB, KUPU SB, PB DAN IBTE.

Manakala pengajian tinggi swasta pula ialah KIGS, LCB, CCCT, MIC, KEMUDA, BICPA FTMS dan MAHAKARYA. 

Kementerian pendidikan juga memberikan informasi terkini berkaitan dengan sistem HECAS, biasiswa kerajaan dan skim pinjaman pendidikan (SBPP). 

Alhamdulillah para pelajar merasa teruja kerana kali ini banyak agensi dan pengajian tinggi yang menawarkan kursus-kursus menarik.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang lawatan.
















 


 
  

PROGRAM RI'AYAH WA MAHABBAH

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

15hb Februari 2019 (Jumaat)
 (7.30-8.45pm)
Alhamdulillah, pada malam ini program ri'ayah bagi pelajar asrama Maktab Duli yang dipilih telah berhasil dilaksanakan. Seramai 17 orang pelajar manakala 5 orang kaunselor dan seorang pegawai dari UKK hadir pada malam ini di dewan makan MD.

Aktiviti dimulakan dengan sesi perkenalan kaunselor dan para pelajar diikuti dengan aktiviti stesyen omega, bingo cards dan diakhiri dengan acara bergambar ramai. Setiap pelajar diberikan hadiah dan saguhati bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

kaunselor-kaunselor yang terlibat pada malam ini ialah saya sendiri, cg Hj Roslan dan Cg Heimelia (kaunselor Maktab Soas), Cg Noorhayati (kaunselor STPRI) dan Cg Pg Ain Basyirah (Kaunselor MD). 

Semoga para pelajar akan beroleh manfaat pada malam ini dan berikut adalah ebebrapa gambar yang sempat diambil oleh para kaunselor dan juga pegawai UKK, Cg Pg Hami.