اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
02hb Februari 2019 (Sabtu)
Alhamdulillah, berpeluang membawa pelajar-pelajar dari tahun 11S1 dan 11S2 (26 orang pelajar, 10 perempuan dan 16 lelaki) ke Indera Kayangan Ballroom, Empire Hotel & Country Club, Jerudong.
Bas bertolak dari sekolah kira-kira jam 1.45pm dan sampai ke destinasi jam 2.05 pm. Para pelajar berpeluang untuk menyaksikan dan bertanya tentang program-program yang ditawarkan oleh universiti-universiti dari luar negera iaiatu dari Australia, Malaysia, Singapore dan UK termasuklah beberapa agensi yang menawarkan peluang pekerjaan seperti BIBD, RBA, ABDB, MOH dan sebagainya.
Para pelajar juga berpeluang untuk mendengarkan taklimat pilihan bermula jam 3 hingga 3.30 yang bertajuk 'Careers in Allied Health Professions".
Alhamdulillah, lawatan yang sangat bermakna dan lawatan berakhir kira-kira jam 3.30 petang dan tiba ke sekolah kira-kira jam 3.50pm.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang lawatan.