SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

LAWATAN 'HIGHER EDUCATION EXPO' 2019

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

16hb Februari 2019 (Sabtu)

Alhamdulillah, berpeluang membawa para pelajar tahun 11S1,11S2, 11G1, 11G2, 11A1, 11A2 (yang dipilih) lebih kurang 25 orang untuk menghadiri lawatan tersebut yang bertempat di Dewan Bridex, Jerudong.

Tujuan lawatan ini ialah;

1. Memberi maklumat terkini mengenai syarat-syarat kemasukan ke Universiti dan Kolej di dalam dan luar negeri.
2. Membantu para pelajar untuk membuat persediaan dan pemilihan subjek yang bersesuaian dengan halatuju masing-masing.
3. Memberi informasi tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh pengajian tinggi dalam dan luar negeri.

Bas bertolak dari SM Katok kira-kira jam 1.45 petang dan tiba di Bridex lebih kurang jam 2pm. Para pelajar diberi kelonggaran untuk melawat mana-mana pameran mengikut minat dan halatuju masing-masing. Lebih kurang 58 buah institusi mengambil tempat dalam pameran berkenaan, antaranya UBD, UNISSA, UTB, KUPU SB, PB DAN IBTE.

Manakala pengajian tinggi swasta pula ialah KIGS, LCB, CCCT, MIC, KEMUDA, BICPA FTMS dan MAHAKARYA. 

Kementerian pendidikan juga memberikan informasi terkini berkaitan dengan sistem HECAS, biasiswa kerajaan dan skim pinjaman pendidikan (SBPP). 

Alhamdulillah para pelajar merasa teruja kerana kali ini banyak agensi dan pengajian tinggi yang menawarkan kursus-kursus menarik.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang lawatan.