SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PERKHIDMATAN KAUNSELING & KERJAYA, SM KATOK

BIMBINGAN KELOMPOK 'O' LEVEL - KE ARAH PELAJAR TERBILANG SESI 2019

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

06hb Februari 2019 (Rabu)

Alhamdulillah bimbingan kelompok O level untuk para pelajar tahun 10xp dan 11 pada tahun ini selesai diungkayahkan. Program ini dijalankan pada jam 7.30 hingga 11.45 pagi. Sebanyak 10 buah kelas (lebih kurang 218 orang pelajar) mengikuti program ini yang diadakan di Learning Centre SMK dan dikendalikan oleh kaunselor sekolah dengan bantuan guru-guru subjek. 

Program dimulakan dengan bacaan doa yang di bacakan oleh Cg Rosli dan kemudian ucapan dari Puan Pengetua.

Ada beberapa perisian dan aktiviti yang disampaikan oleh kaunselor dan dengan program ini juga diharapkan para pelajar akan beroleh manfaat daripadanya. Para pelajar juga diharapkan agar dapat berjumpa dengan kaunselor secara berkumpulan atau perseorangan jika memerlukan bantuan dalam menangani setiap kekeliruan berkaitan tajuk-tajuk yang disampaikan, terutamanya kemahiran mencatat nota (mindmapping, concept mapping, cornell method dan matrix method). 

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil oleh guru-guru subjek yang bertugas, terima kasih kepada guru-guru yang memberikan kerjasama dengan baik dalam menjayakan program ini.


Aturcara dan ajk bagi bimbingan kelompok 2019

Antara bahan yang diedarkan kepada para pelajar 
 

Cg Dk Ruby yang bertugas sebagai jurugambar untuk program ini

brain teaser








Sebahagian guru subjek yang banyak membantu, cg Jonathan, Cg Raedah dan ramai lagi


Ucapan dari Puan Pengetua


Cg Rosli turut serta mencuba brain teaser's challenge
Cg Ampuan Ramlah juga tidak ketinggalan






 













Manakala, gambar-gambar di bawah merupakan para pelajar dari 5 kelas yang seterusnya iaitu slot selepas rehat.